PAS Perdagangkan Hukum Talak Untuk Kepentingan Politik

 

PAS Perdagangkan Hukum Talak Untuk Kepentingan Politik

Walau pun penulis akui pengetahuan penulis dalam hukum hakam agama jauh berbeza dari ‘ulamak-ulamak’ PAS, tetapi penulis bukanlah terlalu jahil dalam soal hukum.

Dalam Islam talak adalah sesuatu yang halal, namun begitu, talak merupakan perkara halal yang paling dibenci oleh Allah SWT.

Talak berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud melepaskan atau membuka ikatan.

Dari segi syarak, talak ialah melepaskan ikatan perkahwinan dengan perkataan yang jelas atau kinayah (sindiran).

Talak dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu talak Raj’i dan talak Ba’in.

Talak Raj’i adalah perceraian yang masih boleh merujuk kembali tanpa akad nikah atau acara pernikahan dengan syarat isterinya itu masih berada dalam tempoh idah.

Manakala talak Ba’in pula terbahagi kepada 2:

  • Talak ba’in sughra ialah talak yang jatuh serta merta pada masa lafaz talak dilafazkan dan kesemua hak-hak isteri terputus apabila dijatuhkan talak
  • Talak ba’in kubra ialah talak tiga yang dilafazkan oleh suami yang mana semua perhubungan suami isteri terputus setelah talak dijatuhkan

Talak tiga yang sudah sah, tidak boleh dirujuk kembali sebelum isteri menikahi lelaki lain dan wajib bersama dengan suami barunya.

Namun tidak terbeban kepada suami baharu untuk menceraikan isterinya selepas bersama kerana tiada istilah cina buta di dalam Islam.

Talak Perkara Halal Yang Sangat Di Benci Oleh Allah SWT

 

PAS Perdagangkan Hukum Talak Untuk Kepentingan Politik

Rasulullah SAW secara jelas menerangkan, walau pun talak dibenarkan, tetapi ianya adalah perkara halal yang sangat dibenci Allah SWT.

Daripada Ibn Umar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

أَبْغَضُ الْحَلَالِ إِلَى اللَّهِ الطَّلَاقِ

Maksudnya:

“Perkara halal yang paling dimurkai Allah adalah talak.” – Riwayat Abu Daud (2178) dan Ibn Majah 2018

Baca di sini:

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/2334-irsyad-al-hadith-siri-ke-256-talak-menggegarkan-arash-dan-dimurkai-allah

Tetapi di dalam video klip di atas, sangat jelas, PAS telah memperdagangkan hukum talak semata-mata untuk mendapat kepentingan politik.

Calon PAS dipaksa bersumpah dengan menggunakan kalimah Wallahi, Wabillahi, Watallahi untuk melafazkan taklik talak tiga sekiranya melompat parti.

Bagaimana PAS boleh tergamak memperdagangkan hukum Allah SWT demi untuk mendapatkan sedikit kepentingan politik?

 

PAS Perdagangkan Hukum Talak Untuk Kepentingan Politik

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker