Barah Sebenar Dalam UMNO

Barah Sebenar Dalam UMNO

Barah Sebenar Dalam UMNO

UMNO kini ibarat seorang yang dahulunya gagah perkasa tetapi kini sudah kelihatan amat uzur kerana menderita penyakit barah.

Satu ketika dahulu, tidak dapat dinafikan bahawa UMMNO ibarat sebatang pohon yang cukup rendang untuk menjadi teduhan rakyat Malaysia.



Tetapi pohon yang rendang itu kini dilihat sudah semakin layu akibat dimakan anai-anai serta pelbagai perosak yang lain.

Apakah UMNO mampu bangkit untuk kembali ke zaman kegemilangannya?

Itu bergantung bagaimana UMNO merawat dan membuang terus barah yang sedang dideritainya.

Pengkhianatan Dari Dalam Rumah Agam UMNO

 



Julias Caeser pernah mengingatkan pembesar Rom, satu empayer yang kukuh tidak mungkin dapat diruntuhkan oleh musuh dari luar.

Tetapi ianya boleh hancur dengan mudah ke tangan musuh yang berada di dalam empayer tersebut.

Apa yang dikatakan oleh Julius Caeser ternyata benar.

Empayer Melaka tidak mampu diruntuhkan oleh Portugis sekiranya tidak ada pertolongan dari pengkhianat yang berada di dalam Kerajaan Melaka itu sendiri.



Itulah peranan si Kitul dan Raja Mandeliar yang menjadi pengkhianat bangsa hingga runtuhnya Empayer Melaka.

Kini anak cucu si Kitul dan Raja Mandeliar sedang memainkan peranan yang sama di dalam rumah agam UMNO.

Benar, presiden UMNO, DS Zahid sudah melakukan pembersihan di dalam UMNO.

Beliau telah menggugurkan beberapa ‘warlord’ dan dinasor UMNO dari senarai calon PRU 15, tetapi malangnya pembersihan yang beliau lakukan tidak secara menyeluruh.



Ianya kelihatan seperti pembersihan terpilih, cuma sebahagiannya yang dibersihkan, manakala sebahagian lagi masih berlegar dalam rumah agam UMNO.

Kekalahan UMNO di 73 kawasan putih UMNO dalam PRU 15 adalah bukti yang sangat jelas.

‘Warlord’ yang tidak disingkirkan telah menggerakkan sabotaj dalaman besar-besaran terhadap UMNO.

Tentera mereka masih lagi berkeliaran di cawangan dan bahagian UMNO.



Dana pilihanraya tidak sampai ke tangan calon dan jentera pilihanraya, ada jentera pilihanraya yang dibayar untuk TIDAK membuat kerja.

Malah ada jentera yang dibayar untuk membuat kerja membantu calon parti lawan.

Mereka ini semua mesti disingkirkan segera dari UMNO di segenap peringkat.

Kepimpinan UMNO Mesti Tegas Dalam Usaha Pembersihan

 



Tidak ada gunanya UMNO mendabik dada sebagai parti terbesar orang Melayu dengan keahlian melebihi 4 juta orang.

Tetapi apabila bertanding dipilihanraya, UMNO tewas kepada parti yang dikatakan hanya mempunyai tidak sampai 100,000 orang ahli.

Siasatan segera mesti dilakukan di peringkat akar umbi, panggil semua calon pilihanraya untuk disoalsiasat untuk dikenalpasti punca kekalahan.

Sama ada ahli biasa, kepimpinan cawangan, kepimpinan bahagian, kepimpinan negeri, malah di peringkat pusat.

Terbukti mereka melakukan pengkhianat, pemecatan mesti dilakukan ‘without fear or favour’.

Kalau kepimpinan benar-benar ikhlas sayangkan parti UMNO, jangan lagi ada tindakan yang memilih bulu.

Usaha Menguasai Sosial Media Mesti Di Lakukan Secara Serius Dan Berkesan

 

Antara faktor yang membantu kemenangan parti lawan ialah keupayaan mereka menguasai media sosial.

Penulis pernah menerangkan, UMNO cuma mempunyai lebih kurang 4.2 juta ahli, manakala jumlah pengundi keseluruhan di Malaysia ialah 21 juta orang.

Ini bermakna sekiranya kesemua 4.2 juta ahli UMNO memberikan undi kepada UMNO, ianya hanya mewakili lebih kurang 20% pengundi keseluruhan.

Tidak ada parti yang boleh menang pilihanraya sekiranya hanya memapu mendapat 20% undi dari pengundi keseluruhan.

Sebahagian besar dari 21 juta pengundi adalah pengundi baharu dan pengundi muda.

Bilangan mereka sekitar 52% atau kira-kira 11 juta orang.

Ini tidak termasuk pengundi di atas pagar.

Sekiranya UMNO mahu memenangi pilihanraya, UMNO mesti memastikan mendapat sokongan dari mereka.

Mereka mesti didekati, semua maklumat dan penerangan atas segala serangan pihak lawan mesti dipastikan sampai kepada mereka.

UMNO jangan syok sendiri, hanya memberi penjelasan kepada kelompok ahli UMNO sahaja!!!

Ahli UMNO sudah hampir pasti akan memberikan undi kepada UMNO dan ini tidak akan menambah undi di peti undi UMNO.

UMNO mempunyai 191 bahagian dan puluhan ribu cawangan di seluruh negara.

Ketua Penerangan mesti pastikan setiap konten yang dibuat oleh media UMNO sampai ke seluruh bahagian dan cawanga UMNO.

Jawatankuasa UMNO peringkat cawangan dan bahagian pula mesti memastikan konten tersebut disebar dengan seluas-luasnya di tempat mereka.

Sekalim lagi, bukan kepada ahli UMNO sahaja, tetapi yang lebih penting kepada semua penduduk yang ada dalam kariah mereka.

Lakukan Tindakan Segera Sebelum Segala-Galanya Terlambat

 

Parti lain sudah memulakan gerakan persediaan untuk menghadapi pilihanraya negeri di 6 buah negeri.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/12/12/menjelang-prn-ph-adakan-jelajah-6-negeri/

Bagaimana dengan UMNO?

Masih mengongoi menangis meratapi kekalahan UMNO dalam PRU 15?

Bangkitlah, keluar airmata darah sekali pun, ianya tidak akan mengubah keputusan PRU 15.

Mulakan langkah dari sekarang supaya penawar kepada kesedihan kita dapat dari 6 pilihanraya negeri.

 

Barah Sebenar Dalam UMNO

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading