Lelaki maut dalam nahas membabitkan van bawa 10 anak yatim
Lelaki maut dalam nahas membabitkan van bawa 10 anak yatim
KOTA TINGGI: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah van yang membawa 10 kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Bandar Tenggara (Peyara) berhampiran Felda Sungai Sayong, Jalan Kluang-Bandar Tenggara di sini, petang semalam.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tenggara, Pegawai Bomba Kanan II, Awang Ismail Awang Hanafli, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 7.37 malam.
Beliau berkata, tujuh anggota bomba dibantu sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.
“Kemalangan membabitkan sebuah kereta Nissan Sentra dan sebuah van Kia Pregio yang membawa 10 anak yatim dari Peyara.
“Pemandu kereta tersepit dalam kenderaan manakala pemandu van berusia 41 tahun dan 10 anak yatim berusia antara sembilan hingga 15 tahun dilaporkan cedera ringan.
“Pemandu kereta berkenaan, Aminudin Sanusi, 54, berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas sebelum disahkan sudah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Difahamkan mangsa yang maut, Aminudin bertugas sebagai seorang imam.
Beliau berkata, semua mangsa di dalam van dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI), Kulai untuk rawatan selanjutnya.
Katanya, operasi ditamatkan pada jam 8.31 malam.
Lelaki maut dalam nahas membabitkan van bawa 10 anak yatim
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- “Kalau kamu tidak tahu , elok diam” Setempek Nazri Aziz sergah Wan Ahmad Fayshal
- Mungkinkah MyOnePAS Adalah Platfom Penggubahan Wang Haram?
- Bekas Menteri Zionis Mahu Gaza Di Lenyapkan Terus!!!
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Wajarkah UMNO Terima Kembali KJ