Pelajar tahfiz lemas, mayat ditemui tersangkut di pukat
Pelajar tahfiz lemas, mayat ditemui tersangkut di pukat
KUALA TERENGGANU: Pelajar tahfiz yang dilaporkan hilang ketika mandi bersama tiga lagi rakannya di Dataran Banggol Chempedak di sini, petang tadi, ditemui lemas jam 9.10 malam ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar, berkata mayat Ahmad Mujahid Al-Faruqi Haimi, 15, ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) tersangkut pada pukat di dasar sungai kira-kira 30 meter dari tebing dengan kedalaman lima meter.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Beliau berkata, dua mangsa yang selamat iaitu Engku Mohamed Fakhry Engku Mohamad Anuar, 16, dan Mohamad Wagiyuddin Rosdi, 14, dilaporkan stabil manakala seorang lagi, Mohd Abdul Rahman Mohd Soud, 15, ditidurkan.
Rozizah berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan sebaik menerima maklumat kejadian jam 6 petang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dokumen Rancangan Zionis Halau Penduduk Gaza Terbongkar
- Kisah vaksin dan perbelanjaan Ketika darurat Kerajaan Muhyiddin mula hangat Kembali.
Peguam Negara Tolak Representasi, Saudagar Minyak Masak Di Heret Ke Mahkamah
“Operasi membabitkan 13 anggota Bomba dan Penyelamat termasuk lima anggota PPDA, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta penduduk kampung,” katanya.

Sebelum kejadian, mangsa yang juga pelajar sebuah pusat tahfiz di Marang bersama tiga lagi rakannya dikatakan mandi di pusat rekreasi berkenaan selepas selesai mengadakan persembahan qasidah sempena Festival Warisan Air, jam 5.30 petang tadi.
Sementara itu, guru pengiring pelajar yang enggan dikenali berkata, seramai 16 pelajar dan dua guru pengiring ke dataran berkenaan untuk membuat persembahan qasidah sempena festival tiga hari bermula hari ini hingga Ahad.
Selepas membuat persembahan, semua mangsa dikatakan ke lokasi kejadian untuk mandi tanpa disedari pengunjung kerana ketika itu acara penyampaian hadiah pertandingan memancing berlangsung di pentas utama.

DISYORKAN UNTUK ANDA :
- “Kalau kamu tidak tahu , elok diam” Setempek Nazri Aziz sergah Wan Ahmad Fayshal
- Mungkinkah MyOnePAS Adalah Platfom Penggubahan Wang Haram?
- Bekas Menteri Zionis Mahu Gaza Di Lenyapkan Terus!!!
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :