Peguam Negara Tolak Representasi, Saudagar Minyak Masak Di Heret Ke Mahkamah

Peguam Negara Tolak Representasi, Saudagar Minyak Masak Di Heret Ke Mahkamah

Peguam Negara Tolak Representasi, Saudagar Minyak Masak Di Heret Ke Mahkamah

Jabatan Peguam Negara menolak permohonan representasi Muhammad Faisal Hamzah yang telah dihantar oleh peguambela beliau, Nasuha Badruldin dan Indran Kumaraguru.

Perkara itu dimaklumkan DPP KPDN, Nor Alimah Mohd Sanusi di hadapan Hakim Mazni Nawi pada prosiding di Mahkamah Sesyen Seremban.

Pihak pendakwaan juga memaklumkan belum menerima sebarang permohonan representasi daripada wakil seorang lagi orang kena saman (OKS) Azizul Abdul Halim.



“Pada tarikh lalu (prosiding) pihak peguam bela Azizul ada menyatakan akan hantar representasi tetapi sehingga kini belum dihantar”.

“Bagi representasi dihantar peguam Faisal ditolak”.

“Mohon ditetapkan tarikh bicara kes ini,” hujah Nor Alimah.

Manakala Hasnan Hamzah mewakili Azizul memberitahu mahkamah pihaknya belum menghantar permohonan representasi.



Namun bagi memudahkan mahkamah, beliau meminta mahkamah menetapkan tarikh bicara.

Mahkamah kemudian menetapkan perbicaraan pada 5 Jun, 7, 14, 21, dan 28 Ogos 2024 dengan memanggil 15 saksi untuk memberikan keterangan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 8(4)(b) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum bawah Seksyen 22 (2) akta sama.

Mereka juga selaku pemegang lesen borong didapati melanggar Peraturan 9(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.



Iaitu memiliki barang kawalan berjadual jenis minyak masak melebihi had 50 tan metrik.

Untuk itu mereka didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Seksyen 22(4) akta sama dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Penulis tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai pendakwaan yang sedang mereka hadapi.

Cuma penulis mahu mengucapkan Selamat Datang Ke Kluster Mahkamah.



Peguam Negara Tolak Representasi, Saudagar Minyak Masak Di Heret Ke Mahkamah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button