Bila Mat Jargon Cuba Nak Jadi Hero

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Bila Mat Jargon Cuba Nak Jadi Hero

Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Nazri Abdul Aziz, menasihatkan Wan Ahmad Fayhsal @ Mat Jargon agar hanya membuat kenyataan perkara yang diketahui sahaja.

Nazri memberikan nasihat tersebut susulan dakwaan Mat Jargon bahawa ‘demarche’ (tata tindak) daripada pihak Amerika terhadap Malaysia bukan bermaksud ugutan.



Tegas Nazri, Mat Jargon perlu memahami sama ada ‘demarche’ itu satu ugutan atau tidak bergantung kepada isinya.

“Jika ‘demarche’ itu bersifat umum boleh lah dia nak kata bahawa ia bukan satu ugutan”.

“Tetapi yang bercakap dengan pihak Jabatan Negara Amerika itu saya, maka saya lebih memahami isi kandungannya”.

“Saya nak bagitahu dia bahawa apa yang disebut oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat itu benar belaka”.



“Jadi, kalau tidak tahu lebih baik jangan bercakap,” tegas Nazri.

Nazri mengakui Amerika merasa kurang senang dengan Malaysia atas kenyataan mengecam Zionis Israel dan melabelkan mereka sebagai pengganas.

Malah Amerika mendesak agar Malaysia membuat kenyataan menyatakan simpati terhadap Zionis Israel.

“Saya tegaskan kepada wakil Jabatan Negara Amerika bahawa tidak mungkin sama sekali Malaysia akan bersimpati kepada Israel”.



“Dan saya nyatakan bahawa Malaysia tidak akan tunduk terhadap sebarang tekanan semata-mata kerana menyokong perjuangan Palestin”.

“Saya nak beritahu beliau (Mat Jargon), bahawa saya bercakap perkara ini di bumi Amerika yang menyokong Israel bukan di Machang,” katanya lagi.

Bagi penulis, Mat Jargon memang terkenal dengan sikap menyondol, walau pun tidak tahu di mana hujung dan di mana pangkal.

Cuma nasihat penulis kepada Mat Jargon, memang bodoh itu percuma, tapi jangan borong semua.



Bila Mat Jargon Cuba Nak Jadi Hero

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button