Antara YDP Agong Ke 17, Mahathir Dan Pulau Batu Puteh

Antara YDP Agong Ke 17, Mahathir Dan Pulau Batu Puteh

Antara YDP Agong Ke 17, Mahathir Dan Pulau Batu Puteh

Belum terlambat untuk penulis ucapkan tahniah kepada DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Majlis Raja Raja Melayu telah memperkenankan perlantikan baginda sebagai YDP Agong ke 17.

Baginda akan menaiki takhta sebagai YDP Agong ke 17 bermula pada 31 Januari 2024.



Sultan Ibrahim memang terkenal sebagai seorang raja yang sangat tegas.

Tetapi di masa yang sama, baginda juga adalah seorang raja berjiwa rakyat.

DYMM Sultan Johor juga adalah seorang raja yang mempunyai agenda yang sangat jelas.

Dan baginda juga terkenal sebagai seorang raja yang ‘no nonsense’.



Isu Pulau Batu Puteh Akan Kembali Menjadi Hangat

Sebaik sahaja baginda ditabalkan sebagai YDP Agong, ada beberapa isu yang akan diberi keutamaan.

Antaranya sudah pasti isu kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura.

Pulau Batu Puteh sebelum ini berada di bawah jajahan pemerintahan Kesultanan Johor Darul Ta’azim.

Namun atas beberapa sebab yang masih lagi tidak jelas sehingga hari ini, di bawah pentadbiran Dr Mahathir, pada tahun 2018, ianya telah diserahkan kepada Singapura.



Lebih mengejutkan, keputusan itu dibuat tanpa pemakluman dan persetujuan DYMM Sultan Ibrahim.

Memang benar, Pulau Batu Puteh hanyalah sebuah pulau batu karang yang tidak mempunyai apa-apa hasil bumi.

Tetapi dengan penyerahan pulau tersebut kepada Singapura, Johor dan Malaysia secara automatik kehilangan 5 kilometer kawasan maritim di sekitar pulau tersebut.

Penulis menjangkakan, baginda pasti akan menitahkan kerajaan untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat perkara tersebut.



Bayangan kepada perkara tersebut sudah dapat kita lihat dalam kunjungan perdana menteri ke Singapura baru-baru ini.

Anwar telah membangkitkan kembali isu kehilangan Pulau Batu Puteh ketika sidang media bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Di kalangan 34 juta rakyat Malaysia, sudah pastilah Dr Mahathir yang akan ‘kepanasan’ apabila isu tersebut disiasat semula.

Ada khabar angin yang mengatakan Dr Mahathir sebenarnya tunduk kepada tekanan dari Singapura ketika menyerahkan pulau tersebut.



Adakah ianya berkaitan dengan maklumat aset Dr Mahathir yang berada di luar negara?

Itu kena tanya sama burung hud hud…😉😉😉

 

Antara YDP Agong Ke 17, Mahathir Dan Pulau Batu Puteh

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button