Mahathir Mesti Jawab Dakwaan Miliki RM830 Bilion Di Taiwan

@supportkeadilanrakyat

♬ original sound – Keadilan – Keadilan

Mahathir Mesti Jawab Dakwaan Miliki RM830 Bilion Di Taiwan

Sebelum ini penulis ada menulis mengenai dakwaan Dr Mahathir memiliki RM830 bilion di luar negara.

Ianya bukanlah dakwaan yang tidak berasas, tetapi sebenarnya ianya adalah dakwaan berdasarkan kepada lapuran yang dibuat oleh The Coverage.



Lapuran yang dibuat oleh The Coverage adalah berdasarkan kepada pendedahan yang dibuat oleh media Taiwan, news.ebc.net.tw.

Menurut news.ebc.net.tw, perkara itu didedahkan sendiri oleh salah seorang pegawai yang perneh berkhidmat dengan Dr Mahathir, Abdul Hameed Gula Maiden.

Abdul Hameed membuat pendedahan tersebut dalam kenyataan beliau kepada media mengenai 6 kerja kotor Mahathir semasa menjadi perdana menteri kali pertama.



Abdul Hameed mendakwa, di antara tahun 1984 hingga 1999, Dr Mahathir menyeludup dana terkumpul sebanyak RM83 bilion.

Kemudian pada tahun 1986, Abdul Hameed mendakwa Dr Mahathir telah menyeludup jongkong emas yang bernilai USD197 bilion.

Sama ada benar atau tidak seperti yang didakwa oleh Abdul Hameed, tidak dapat penulis pastikan.

Tetapi apa yang pasti, skandal tersebut telah tular bukan sahaja di dalam negara, malah hingga ke seluruh dunia.



Mahathir Mesti Jawab Dakwaan Miliki RM830 Bilion Di Taiwan

Setakat artikel ini ditulis, tidak ada sebarang jawapan atau tindakan yang dilakukan oleh Dr Mahathir sama ada untuk membuat penafian atau memberi penjelasan.

Isu ini adalah perkara yang sangat serius.

Nilai RM830 bilion yang didakwa itu bukanlah satu nilai duit yang kecil.



Ia lebih dari cukup untuk menampung perbelanjaan negara secara keseluruhan bagi tempoh satu tahun.

Dr Mahathir tidak boleh mengambil sikap berdiam diri sambil berharap isu tersebut akan dilupakan oleh orang ramai.

Persoalannya, mengapa Dr Mahathir tidak tampil membuat penafian?

Mengapa Dr Mahathir tidak mengambil tindakan terhadap media Taiwan yang mendedahkan isu tersebut?



Dan mengapakah Dr Mahathir tidak mengambil tindakan undang-undang kepada bekas pegawai beliau, Abdul Hameed?

 

Mahathir Mesti Jawab Dakwaan Miliki RM830 Bilion Di Taiwan

 

Di Syorkan Untuk Anda:



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button