Benarkah Wujud Konspirasi Untuk Jatuhkan Anwar Dalam Undi Bajet 2024?

Benarkah Wujud Konspirasi Untuk Jatuhkan Anwar Dalam Undi Bajet 2024

Benarkah Wujud Konspirasi Untuk Jatuhkan Anwar Dalam Undi Bajet 2024?

Dr Mahathir dan Daim Zainuddin meletakkan sasaran untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim dari kerusi perdana menteri selewat-lewatnya pada bulan Disember 2023.

Mengapa bulan Disember?

Mengapa tidak ambil masa yang lebih panjang supaya perancangan yang teliti dapat disusun?



Jawapannya adalah, mereka berdua tahu, sekiranya Anwar tidak dapat dijatuhkan sebelum tahun ini berakhir, tahun hadapan merupakan tahun yang paling sibuk dalam hidup mereka.

Mereka akan turun naik mahkamah dalam beberapa pendakwaan kes ke atas mereka dan keinginan untuk melihat Anwar jatuh akan berkubur.

Sudah tentu ahli politik dan ahli parlimen yang sekarang ini akan mula menjauhkan diri dari mereka.

Ruang untuk menjatuhkan Anwar melalui Surat Akuan Bersumpah (SD), sudah ditutup rapat oleh Istana Negara.



Undi RUU Perbekalan 2024 Akan Di Jadikan Medan Percaturan

Satu-satunya cara untuk menjatuhkan Anwar adalah melalui undi tidak percaya di parlimen.

Untuk mengusulkan undi tidak percaya ke atas Anwar, perlukan alasan yang cukup kukuh supaya Speaker Parlimen tidak mempunyai pilihan melainkan meluluskan usul tersebut.

Maklumat yang sampai kepada penulis adalah ketika undian dilakukan untuk meluluskan RUU Perbekalan 2024, akan berlaku sabotaj dari pihak kerajaan sendiri.

Beberapa orang ahli parlimen khususnya dari UMNO dikatakan sudah memberikan persetujuan untuk tidak menyokong RUU Perbekalan 2024.



Pengerusi BN dikatakan sudah berjumpa dengan semua ahli parlimen BN untuk memastikan mereka memberikan sokongan kepada undian RUU Perbekalan 2024.

Tetapi persoalannya, sejauh manakah Pengerusi BN dapat memastikan sokongan ahli parlimen BN memihak kepada Kerajaan Perpaduan?

Isu mengenai 5 ahli parlimen PN yang didakwa akan memberikan sokongan kepada Anwar, dikatakan cuma ‘decoy’ untuk melekakan pihak kerajaan.

Dikhabarkan, apabila tiba masanya nanti, mereka akan mengundi menentang RUU Perbekalan 2024.



Ada asasnya dakwaan tersebut.

Di mana rasionalnya menyokong kerajaan tetapi masih berada di blok pembangkang?

Sekiranya peruntukan dijadikan alasan, bukankah Anwar sendiri sudah membuka ruang perundingan dengan mereka?

Seandainya RUU Perbekalan 2024 tidak dapat diluluskan, ianya akan menjadi asas yang cukup kukuh untuk diusulkan undi tidak percaya.



Sudah pasti ahli parlimen yang sebelum ini mesra dengan pembangkang, tidak akan teragak-agak untuk memberikan undi tidak percaya.

Benar atau tidak, pihak kerajaan mesti berhati-hati.

 

Benarkah Wujud Konspirasi Untuk Jatuhkan Anwar Dalam Undi Bajet 2024?

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading