Apakah Akan Ada Berita Baik Untuk Najib Dari Istana Negara?

Apakah Akan Ada Berita Baik Untuk Najib Dari Istana Negara?

Apakah Akan Ada Berita Baik Untuk Najib Dari Istana Negara?

Semalam dan hari ini, Majlis Raja Raja Melayu bersidang untuk menentukan siapakah yang bakal menggantikan YDP Agong, Al Sultan Andullah.

Ini bermakna, persidangan Majlis Raja Raja Melayu kali ini merupakan persidangan yang terakhir baginda Al Sultan Abdullah sebagai YDP Agong Malaysia.

DI sebalik menentukan pengganti Al Sultan Abdullah sebagai YDP Agong, terdapat beberapa agenda penting yang diangkat dalam persidangan kali ini.



Antaranya dikatakan adalah mengenai pengampunan Di Raja ke atas DS Najib yang kini sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun.

Namun begitu, penulis dimaklumkan, besar kemungkinan, Majlis Raja Raja Melayu tidak akan memberikan pengampunan penuh ke atas DS Najib.

DS Najib mungkin akan dipertimbangkan untuk diberikan penangguhan hukuman penjara atas beberapa faktor:

  • Suara rakyat kini sudah mula jelas kedengaran supaya DS Najib diberikan keadilan, ini jelas dalam lebih sejuta tandatangan yang sudah dikumpulkan
  • Penghakiman hakim kanan Abdul Rahman Sebli dan komentar beberapa bekas hakim kanan yang mempersoalkan keadilan perbicaraan kes SRC
  • Lapuran dari Kumpulan Kerja Penahanan Arbitari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWGAD) dikatakan memihak kepada DS Najib

Penulis tidak mahu mendahului keputusan Raja Raja Melayu, tetapi penulis percaya Raja Raja Melayu akan membuat keputusan dengan bijaksana berdasarkan fakta.



Sebagai payung negara, Institusi Raja Raja Melayu adalah tempat terbaik untuk rakyat yang dizalimi mendapatkan keadilan.’

Sama-sama kita tunggu keputusan dan kenyataan dari Raja Raja Melayu.

Muga akan ada sinar keadilan untuk DS Najib setelah sekian lama ianya dinafikan.

 



Apakah Akan Ada Berita Baik Untuk Najib Dari Istana Negara?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading