Banjir: 166 penduduk dipindahkan ke 4 PPS di Kedah

Banjir: 166 penduduk dipindahkan ke 4 PPS di Kedah

Banjir: 166 penduduk dipindahkan ke 4 PPS di Kedah
ANGGOTA APM Baling melakukan operasi penyelamatan mangsa banjir yang terperangkap. FOTO Ihsan APM

Baling: Seramai 166 mangsa daripada 134 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah selepas kediaman mereka terjejas dengan banjir kilat yang berlaku sejak petang semalam.

Daerah terbabit adalah Baling membabitkan seramai 159 mangsa daripada 131 keluarga dan Bandar Baharu dengan tujuh mangsa daripada tiga keluarga.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (Pertahanan Awam) Mohd Faizol Ab Aziz berkata tiga PPS yang dibuka di Baling ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bayu, SK Siong dan SK Parit Panjang.



“Antara kawasan terjejas ialah Kampung Siput, Batu 8, Kampung Batu 60, Kampung Kuala Kedua dan Kampung Memali dalam Mukim Siong.

“Turut terjejas Kampung Rambung Pulau, Kampung Charuk Gorok dan Kampung Charuk Salang, serta sebuah rumah di Kampung Haji Abas,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, hujan lebat berterusan pada petang semalam menyebabkan air di sungai berhampiran melimpah ke penempatan penduduk yang tinggal berdekatan tebing sungai.

Dalam pada itu, beliau berkata bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, seramai 53 pelajar, 20 guru pengiring dan tujuh fasilitator dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bongor dan seramai 70 pelajar dan 29 guru pengiring dari SK Seri Perdana, Kota Setar yang melakukan aktiviti perkhemahan di kawasan berhampiran, dipindahkan ke lokasi selamat.



Banjir: 166 penduduk dipindahkan ke 4 PPS di Kedah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Akan Ada Berita Baik Untuk Najib Dari Istana Negara?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button