Tubuhkan RCI Untuk Siasat Pembaziran Lebih RM1 Bilion Pembelian PPE, Vaksin & Ventilator Ketika Covid-19

Tubuhkan RCI Untuk Siasat Pembaziran Lebih RM1 Bilion Pembelian PPE, Vaksin & Ventilator Ketika Covid-19

Tubuhkan RCI Untuk Siasat Pembaziran Lebih RM1 Bilion Pembelian PPE, Vaksin & Ventilator Ketika Covid-19

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendedahkan Timbalan KSU (Kewangan) KKM, Norazman Ayob, memaklumkan ventilator yang diterima jelas tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

“Ia bukan sangat tentang standard KKM”.

“Malah, dalam pemerolehan ini, kita telah sediakan spesifikasi teknikal untuk ventilator kepada PLSB (Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd)”.



“Berdasarkan spesifikasi itu, yang saya percaya diserahkan PLSB kepada pembekal”.

“Tetapi apabila ventilator sampai, ia bukan apa yang kita pesan”.

“Ini bukan masalah dengan fasiliti KKM”.

“Ia isu, kita pesan epal dapat yang lain,” jelas Norazman.



Laporan Ketua Audit Negara 2021menyatakan KKM memesan 136 ventilator dengan harga RM20.1 juta di bawah peruntukan kecemasan.

Namun sejumlah mesin itu didapati tidak boleh digunakan.

Daripada 136 ventilator, hanya 32 buah yang lulus proses pensijilan dan ujian selepas tiba di Malaysia.

136 ventilator itu ditempah daripada tiga pembekal, iaitu Entrol (Hong Kong) Trading Ltd, Hong Kong Smart Int. Investment Ltd dan Allied King Industrial.



Ini bermakna sebanyak RM15 juta duit rakyat telah dibazirkan atas urusan pembelian ventilator.

Lebih mengejutkan lagi, apabila didapati tiada perjanjian antara kerajaan dan pembekal dalam urusniaga yang melibatkan dana sebanyak RM20.1 juta!!!

Untuk isu pembelian vaksin pula, PAC mendapati ada beberapa kejanggalan dalam urusan pembelian tersebut.

RM505 juta duit pembayar cukai telah dibazirkan akibat menerima kira-kira 8.5 juta vaksin Covid-19 yang telah tamat tempoh.



Ia termasuklah dos yang mencapai tempoh luput menjelang 1 Jun tahun ini.

Hampir RM1 Bilion Di Bazirkan Untuk Membeli PPE Yang Hampir Luput Tarikhnya

PAC juga mendedahkan mengenai lebihan bekalan peralatan pelindung diri (PPE) yang diterima.

Kira-kira 850,000 penutup but bernilai RM927,000 akan mencapai tarikh luputnya menjelang akhir 2024.

Menurut PAC, Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (PLSB) tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam perolehan peralatan perubatan seperti ventilator.



Tetapi syarikat itu diarah membuat bayaran pendahuluan untuk alat bantuan pernafasan berikutan hubungan yang terjalin di antara KKM dan mereka.

“Ketiadaan perjanjian bertulis antara KKM dan PLSB menyebabkan tiada pihak yang bertanggungjawab,” jelas PAC.

Banyak persoalan yang timbul dari laporan PAC mengenai perbelanjaan membeli peralatan dan vaksin ketika Covid-19.

Sekiranya ventilator yang diterima tidak mengikuti spesifikasi yang ditetapkan, atas arahan siapa ianya diterima?



Siapa yang arahkan PLSB untuk membuat bayaran pendahuluan kepada pembekal?

Atas arahan siapa PLSB dilantik sebagai pengantara antara kerajaan dan pembekal sedangkan syarikat tersebut tiada pengalaman dan kepakaran?

RM1 bilion duit pembayar cukai yang dibazirkan bukanlah jumlah yang kecil.

Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) mesti ditubuhkan untuk menyiasat secara tuntas atas pembaziran yang dilakukan.

Tubuhkan RCI Untuk Siasat Pembaziran Lebih RM1 Bilion Pembelian PPE, Vaksin & Ventilator Ketika Covid-19

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button