4 Negeri PAS Bakal Di Jadikan Pusat Penggubahan Wang Haram?

4 Negeri PAS Bakal Di Jadikan Pusat Penggubahan Wang Haram

4 Negeri PAS Bakal Di Jadikan Pusat Penggubahan Wang Haram?

Semalam penulis menyiarkan pendedahan media luar negara mengenai dakwaan Dr Mahathir mempunyai duit dan aset bernilai RM830 bilion di Taiwan.

Sekiranya dakwaan tersebut benar, masalah yang paling besar sedang Dr Mahathir hadapi sekarang ialah bagaimana duit dan aset tersebut hendak dibawa masuk ke dalam Malaysia.

Tidak ada masalah bagi Dr Mahathir sekiranya aset tersebut dapat dijejaki oleh pihak berkuasa Malaysia.



Kerana ianya sudah tersimpan begitu lama di luar negara.

Dan sudah pasti disimpan di atas nama proksi beliau yang setia selama ini.

Dengan ketegasan dasar membenteras rasuah dan salah guna kuasa kerajaan sekarang, sangat sukar untuk Dr Mahathir membawa masuk aset tersebut tanpa dikesan.

Dr Mahathir pernah mencuba untuk membawa masuk sebahagian dari aset tersebut ketika mengumumkan ada pelabur luar mahu melabur RM500 juta di Langkawi.



Tetapi usaha tersebut gagal.

Menteri MITI Tengku Zafrul telah menyangkal dakwaan tersebut.

Atas faktor usia, Dr Mahathir kini sedang berperang dengan masa.

Sekiranya beliau gagal membawa masuk aset beliau sebelum beliau meninggal dunia, besar kemungkinan ianya akan hilang begitu sahaja.



Satu-satunya peluang untuk beliau membawa masuk aset beliau adalah melalui negeri yang berada di bawah pentadbiran PAS.

Kerana itu beliau telah meminta PAS melantik beliau sebagai penasihat kepada SG4 yang berada dalam penguasaan PAS.

Cara yang akan digunakan adalah sama seperti beliau mengumumkan kemasukan pelaburan asing sebanyak RM500 juta di Langkawi.

Jumlah yang diumumkan adalah berlipat kali ganda besarnya dari jumlah pelaburan sebenar.



Ianya bertujuan untuk menyediakan laluan kemasukan aset beliau yang selama ini berada di luar negara.

Sekiranya benar dakwaan ini, mungkin penulis akan menjadi orang pertama yang mengucapkan tahniah kepada parti PAS.

Kerana 4 negeri di bawah pentadbiran mereka akan dijadikan pusat penggubahan wang haram yang terbesar dalam sejarah Malaysia.

 



4 Negeri PAS Bakal Di Jadikan Pusat Penggubahan Wang Haram?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button