Wanita maut kenderaan dipandu dihempap pokok

Wanita maut kenderaan dipandu dihempap pokok

Wanita maut kenderaan dipandu dihempap pokok
Foto hiasan

HULU SELANGOR: Seorang wanita maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya dihempap pokok di Jalan Ulu Yam-Gombak, menghala ke Ulu Yam, di sini, hari ini.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Zulfikar Jaffar, berkata pihaknya menerima panggilan jam 6.14 petang tadi.

Beliau berkata, sepasukan lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.



“Sebaik tiba di lokasi, anggota bertugas mendapati sebatang pokok menghempap MPV Perodua Alza.

“Anggota kita terus melakukan kerja memotong pokok dan mengeluarkan mangsa. Pada jam 7.10 malam ini mangsa berjaya dibawa keluar dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Wanita maut kenderaan dipandu dihempap pokok


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isu telur tembelang MRSM Kuala Klawang disiasat



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading