Pelajar parah motosikal dirempuh lori

Pelajar parah motosikal dirempuh lori

Pelajar parah motosikal dirempuh lori
Keadaan lori dan motosikal mangsa yang terbabit kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di Parit Putat, Sungai Rambai petang tadi. – Foto Ihsan IPD Jasin

JASIN: Seorang pelajar Tingkatan Tiga parah selepas motosikal ditunggangnya dilanggar lori ketika melalui persimpangan lampu isyarat Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di Parit Putat, Sungai Rambai di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi, berkata Muhammad Iqram Rosli, 15, dilapor patah tangan dan cedera parah di badan akibat kejadian kira-kira jam 2.50 petang itu.

“Siasatan awal mendapati lori berkenaan dari arah Muar menghala ke Jasin.



“Sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat AMJ Parit Putat, pemandunya meneruskan perjalanan kerana lampu isyarat hijau.

“Bagaimanapun, sebuah motosikal Honda Wave dari arah jalan kiri pekan Sungai Rambai didakwa keluar dari simpang dan dirempuh lori kerana pemandunya tidak sempat membrek dan mengelak.

“Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal yang juga pelajar sebuah sekolah menengah patah tangan dan cedera parah di badan manakala pemandu lori tidak cedera,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Ahmad Jamil berkata, mangsa dibawa oleh ambulans ke Hospital Muar dan kini dirawat di zon merah.



Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pelajar parah motosikal dirempuh lori


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isu telur tembelang MRSM Kuala Klawang disiasat



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button