Dokumen Rancangan Zionis Halau Penduduk Gaza Terbongkar

@malaysiagazette

Dokumen rancangan usir 2.2 juta penduduk Gaza ke Mesir terbongkar Beberapa portal berita Israel melaporkan dokumen 10 muka surat bertarikh 13 Oktober iaitu tujuh hari selepas serangan H4m4s pada 7 Oktober disediakan oleh Kementerian Perisikan Zionis. #malaysiagazette #zionisisrael #malaysiabersamapalestine

♬ original sound – Abang Nasyid – Abang Nasyid

Dokumen Rancangan Zionis Halau Penduduk Gaza Terbongkar

Akhirnya terbongkar juga mengapa Zionis Israel menghancurkan Gaza dalam beberapa siri pengboman dari udara.



Matlamat utama Zionis Israel adalah untuk mengusir 2.2 juta rakyat Palestin yang tinggal di Gaza ke Mesir terbongkar.

Selepas itu Zionis Israel akan membina semula bandar yang telah mereka musnahkan untuk diduduki oleh Yahudi Israel.

Pembongkaran niat jahat Zionis Israel didedahkan sendiri oleh beberapa portal berita Israel yang mendedahkan dokumen 10 muka surat bertarikh 13 Oktober.

Iaitu tujuh hari selepas serangan Hamas pada 7 Oktober dan dokumen tersebut disediakan oleh Kementerian Perisikan Zionis.



Sumber di Kementerian Perisikan Israel mengesahkan bahawa dokumen itu adalah sahih.

Dan ia telah diedarkan kepada pertubuhan pertahanan oleh bahagian dasar kementerian dan tidak sepatutnya sampai ke media.

Peringkat pertama dalam rancangan jahat Zionis Israel adalah untuk memaksa penduduk Palestin di utara Gaza berpindah ke selatan.

Ini sudah pun mereka lakukan sebelum pengeboman besar-besaran dari udara dilakukan.



Apabila penduduk Palestin yang menempati utara Gaza sudah dipindahkan, Zionis Israel merancang untuk memusnahkan sepenuhnya bandar di utara Gaza.

Dan ini juga sudah mereka lakukan.

Apabila bandar-bandar di utara Gaza sudah dimusnahkan sepenuhnya, Zionis Israel akan melakukan serangan darat untuk menakluki sepenuhnya kawasan tersebut.

Sekarang tentera Zionis Israel sedang cuba bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya, tetapi mendapat tentangan hebat dari pejuang Briged Al Qasam, Hamas.



Sekiranya berjaya, Zionis Israel akan memusnahkan sepenuhnya kubu Briged Al Qasam, Hamas.

Peringkat terakhir, Zionis Israel akan memaksa supaya pintu Rafah dibuka supaya mereka dapat menghalau penduduk Gaza ke Mesir.

Zionis Israel akan membina khemah pelarian di Sinai untuk menempatkan penduduk Gaza yang telah mereka rampas tanahnya.

Seterusnya, Zionis Israel akan membuka sepenuhnya Semenanjung Gaza untuk diduduki oleh Yahudi Israel.



Sudah jelas kepada kita, mengapa Allah SWT melaknat bani Israel selama-lamanya.

 

Dokumen Rancangan Zionis Halau Penduduk Gaza Terbongkar

 

Di Syorkan Untuk Anda:



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button