Isu Ventilator Rosak: KJ ‘Taichi’ Kepada Adham Baba

Isu Ventilator Rosak KJ 'Taichi' Kepada Adham Baba

Isu Ventilator Rosak: KJ ‘Taichi’ Kepada Adham Baba

Mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ), kelihatan marah apabila wartawan bertanya soalan mengenai isu ventilator yang rosak.

“Untuk perolehan ventilator, ramai bijak pandai ini kata kena jawab soal ventilator dan perolehan ventilator ini (dibuat) pada tahun 2020”.

“Saya jadi Menteri Kesihatan pada Ogos 2021, ‘even you cannot get the facts right, I don’t even know why you’re talking to me'”.



“Bukan saya nak cakap saya campak menteri lain di bawah bas”.

“Tetapi ini adalah fakta, soal vaksin saya tak campak sesiapa di bawah bas, saya sedia bertanggungjawab,” katanya.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, isu berkaitan perolehan ventilator terbabit perlu ditanya kepada pihak yang bertanggungjawab ketika itu.

“Saya kena jelaskan, sama juga dengan PPE, perolehan dibuat sewaktu sebelum saya,” tambah KJ lagi.



Penulis tidak menafikan sepenuhnya apa yang KJ katakan.

Memang benar perolehan untuk membeli ventilator dan PPE dibuat di era Adham Baba menjadi Menteri Kesihatan.

Juga benar, Adham Baba mesti bertanggungjawab dan memberi penjelasan mengapa tiada perjanjian dibuat antara kerajaan dan pengilang.

Tetapi dari satu sudut yang lain, KJ sebenarnya tidak boleh mengambil sikap lepas tangan dan ‘taichi’ kepada Adham Baba seorang.



Sekiranya perjanjian dibuat ketika Adham Baba menjadi Menteri Kesihatan, ketika penerimaan dan bayaran dibuat, siapa pula Menteri Kesihatan ketika itu?

104 dari 136 ventilator yang diterima, tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan ianya melibatkan perbelanjaan lebih RM20 juta duit pembayar cukai.

Apakah di era KJ menjadi Menteri Kesihatan, ventilator tersebut tetap diterima walau pun sedar ianya tidak boleh digunakan?

Dan mengapakah bayaran dibuat juga walau pun tahu ventilator itu hanya akan berada di stor Kementerian Kesihatan?



Siapakah yang meluluskan bayaran tersebut?

Jangan berdalih dengan alasan kerajaan mesti terima kerana terpaksa hormati perjanjian dengan pengilang.

Bukankah PAC mendedahkan tidak ada perjanjian dilakukan, jadi tidak ada kewajaran untuk membuat bayaran.

Isu Ventilator Rosak: KJ ‘Taichi’ Kepada Adham Baba

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading