NASA kesan garam, sebatian organik di permukaan Ganymede



NASA kesan garam, sebatian organik di permukaan Ganymede

NASA kesan garam, sebatian organik di permukaan Ganymede
GAMBAR hiasan

Los Angeles: Pentadbiran Aeroangkasa Dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) menerusi misi Juno berjaya mengesan kehadiran garam mineral dan sebatian organik di permukaan Bulan Ganymede yang mengelilingi planet Musytari.

Data bagi penemuan itu diperoleh menerusi spektrometer Jovian InfraRed Auroral Mapper (JIRAM) yang terdapat pada kapal angkasa misi itu, lapor Xinhua.

Saiznya yang lebih besar daripada planet Utarid, Ganymede adalah bulan terbesar bagi planet Musytari dan telah lama menarik minat para saintis untuk mengkajinya.



Pada 7 Jun 2021, Juno melintasi Ganymede pada ketinggian minimum 1,046 kilometer.

Instrumen JIRAM berjaya merakam imej inframerah dan spektrum inframerah di permukaannya.

Melalui misi Juno, para saintis telah mengesan dan menganalisis ciri spektrum unik termasuk natrium klorida, ammonium klorida serta natrium bikarbonat.

NASA kesan garam, sebatian organik di permukaan Ganymede


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Peguam Negara Tolak Representasi, Saudagar Minyak Masak Di Heret Ke Mahkamah

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker