Kontraktor maut kereta rempuh belakang treler

Oleh – Syeikh Baran


Kontraktor maut kereta rempuh belakang treler
Keadaan kereta dipandu seorang kontraktor yang terlibat nahas jalan raya kilometer 27, Jalan Kuala Terengganu – Kuala Berang, Wakaf Tapai di Marang, awal pagi Selasa. Gambar kecil: Mohd Razman

Seorang kontraktror maut apabila kereta dipandu mangsa terlibat kemalangan dengan sebuah treler dalam kejadian di Kilometer 27 Jalan Kuala Terengganu – Kuala Berang, Wakaf Tapai di sini, awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintenden Mohd Razman Setapa berkata, lelaki itu disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.



Menurutnya, pihak polis menerima laporan berhubung nahas jalan raya itu pada jam 1.45 pagi.

“Kemalangan melibatkan sebuah treler dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun berasal dari Taman Tapai Indah, Wakaf Tapai dan sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu mangsa yang berusia 47 tahun berasal dari Kampung Baru Ajil.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kedua-dua kenderaan dari arah yg sama iaitu dari Kuala Terengganu menghala ke arah Kuala Berang.

“Semasa treler membelok ke kiri untuk ke kilang kayu, tiba-tiba datang sebuah kereta dari arah belakang melanggar belakang sebelah kiri treler tersebut,” katanya di sini, pada Selasa.



Menurut Mohd Razman, pemandu treler tersebut tidak mengalami kecederaan sementara mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kes itu disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Nik Nur Farhanim Nik Mohamed Fauzee di talian 010-2840273 atau 09-6182222.

“Kita mahu mengingatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan dan isyarat lalu lintas dan berhati-hati ketika memandu,” ujarnya.



Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button