Indonesia nafi hospital di Gaza dijadikan rangkaian Hamas

Indonesia nafi hospital di Gaza dijadikan rangkaian Hamas

Indonesia nafi hospital di Gaza dijadikan rangkaian Hamas
HOSPITAL Indonesia yang dibom tentera Israel. FOTO Israel Defense Forces/Reuters

Jakarta: Kementerian Luar Indonesia menegaskan bahawa Hospital Indonesia di Gaza Utara merupakan kemudahan untuk tujuan kemanusiaan.

Jurucakap kementerian Lalu Muhamad Iqbal dalam satu kenyataan berkata kemudahan yang dibina menggunakan dana amal Indonesia itu bagi memenuhi keperluan perubatan untuk penduduk Palestin di wilayah berkenaan.

Kenyataan itu dibuat sebagai respons kepada dakwaan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) bahawa Hamas menggunakan hospital di Gaza, termasuk Hospital Indonesia untuk operasi bawah tanah seperti yang dilaporkan oleh Arab News.



Menurut Lalu, pihak berkuasa Palestin di Gaza kini bertanggungjawab mengurus hospital itu dengan bantuan sukarelawan Indonesia dari semasa ke semasa.

“Hospital itu kini merawat pesakit di luar kapasiti,” katanya.

Mengenai tiga sukarelawan Indonesia di hospital itu, Lalu berkata mereka memilih untuk terus berada di sana dan mereka berada dalam keadaan baik.

Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi secara konsisten mengecam dan menggesa menghentikan segera serangan ke atas orang awam dan kemudahan seperti hospital.



Indonesia nafi hospital di Gaza dijadikan rangkaian Hamas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Penyokong palsu Najib Gagal lagi

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button