Siapa Presiden BERSATU selepas Muhyiddin?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Siapa Presiden BERSATU selepas Muhyiddin?

Ramai tertanya siapa Presiden BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin? Pengerusi Perikatan Nasional itu berdepan dengan dakwaan di Mahkamah dan kini menjadi sebahagian daripada ‘Kluster Mahkamah’.



Krisis dalam BERSATU yang semakin dapat dihidu pihak luar memberi gambaran Muhyiddin kini bukan lagi individu yang dihormati selaku Presiden BERSATU.

Gerakan-gerakan tertentu didalangi individu tertentu telah bermula seawal pendakwaan terhadap Muhyiddin dikemukakan di Mahkamah.

Malah, percaturan siapa akan mengambil alih tempat Muhyiddin juga dikatakan sudah ditetapkan namun sejauh mana kebenaran spekulasi tersebut tidak diketahui.

Ditambah dengan serangan terbuka oleh individu tertentu terhadap Timbalan Presiden BERSATU, Faizal Azumu membuka ‘kisah lama’ bagi mengekang karier politik beliau.



Memandangkan serangan bertalu dilakukan terhadap beliau, akhirnya Faizal Azuu menawap mengenai keraguan kesetiaan beliau kepada Muhyiddin dan BERSATU.

Benarkah individu yang menyerang Faizal Azumu dibayar oleh seorang lagi indivdu yang bercita-cita tinggi dalam BERSATU?

Siapa Presiden BERSATU selepas Muhyiddin?



Ada juga spekulasi menyatakan, Muhyiddin perlu disingkirkan kerana enggan menerima Mahathir untuk kembali semual ke BERSATU. Tidak mungkin Muhyiddin akan mengenepikan Mahathir sedangkan sekutu kuat Perikatan Nasional, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menerima Mahathir secara terbuka.

Malah, PAS membuka lembaran baru apabila buat pertama kali Mahathir hadir ke Muktamar PAS tahun ini. Ini bukan sejarah kecil politik Mahathir kerana sebelum ini PAS tidak pernah menerima Mahathir sebagai sekutu politik.

Hamzah Zainudin dilihat lebih berpotensi untuk menggantikan Muhyiddin sekiranya beliau dikenakan hukuman atas pendakwaan di Mahkamah.

Jangan lupa, Azmin Ali turut berpotensi untuk menggantikan tempat Faizal Azumu memandangkan beliau masih ada kedudukan dalam Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN Selangor) berbanding Faizal Azumu.



Kemanakah Faizal Azumu kalau ditakdirkan kalah dalam perebutan jawatan kelak? Spekulasi yang kini agak hangat menyatakan Faizal Azumu sedang mempersiapkan diri untuk mencari platform baru dalam politik.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button