Mahathir Membantu Atau ‘Membunuh’ Teknokrat Melayu Di Era Beliau

Mahathir Membantu Atau 'Membunuh' Teknokrat Melayu Di Era Beliau

Mahathir Membantu Atau ‘Membunuh’ Teknokrat Melayu Di Era Beliau

Mantan perdana menteri sebanyak 2 kali, Dr Mahathir, sering dianggap sebagai pemimpin yang melahirkan ramai teknokrat Melayu di era beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun

Tetapi, adakah Dr Mahathir benar-benar banyak membantu untuk melahirkan teknokrat Melayu?

Sekiranya soalan ini ditanyakan kepada TS Halim Saad sudah pasti dengan lantang beliau akan menafikannya.



Halim Saad mempunyai asas dan sebab yang cukup kukuh untuk membuktikan penafian beliau.

Malah beliau telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2 Ogos berhubung pengambilalihan kerajaan ke atas United Engineers Malaysia Bhd (UEM) dan Renong Bhd.

Dr Mahathir dan Menteri Kewangan II ketika itu, Nor Mohamed Yakcop dan kerajaan telah dinamakan sebagai defendan.

Halim Saad mendakwa, beliau telah dipaksa oleh Dr Mahathir untuk melupuskan saham beliau di Renong untuk membeli saham UEM.



Tetapi di dalam penghujahan defendan, telah mendakwa Halim Saad dengan rela hati melepaskan kepentingan beliau di Renong.

Malah defendan mendakwa, atas persetujuan tersebut, Halim Saad diberikan pampasan sebanyak RM165 juta.

Defendan juga mendakwa, di bawah pengurusan Halim Saad, permodalan pasaran Kumpulan Renong merosot sebanyak 41%.

Daripada RM7.2 bilion pada tahun 1997 kepada RM4.2 bilion pada tahun 2000.



Halim menyatakan bahawa kerugian yang ditanggung oleh UEM dan Renong bukan kerana kelemahan pengurusan beliau.

Tetapi ia adalah disebabkan oleh Krisis Kewangan Asia (AFC) 1997, ketidakstabilan politik dan campur tangan kerajaan dalam hal ekonomi.

Di samping itu, Halim juga berhujah bahawa kerajaan sama sekali tidak membayar sebarang pampasan kepadanya.

Beliau juga menafikan telah melepaskan kepentingan beliau di Renong dengan sukarela.



Kupasan terperinci boleh dibaca melalui akaun akaun Facebook Salahuddin Hisham.

Mahathir Membantu Atau ‘Membunuh’ Teknokrat Melayu Di Era Beliau

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button