Siti Mastura Adalah Contoh Manusia Bijak Tanpa Akal

Siti Mastura Adalah Contoh Manusia Bijak Tanpa Akal

Siti Mastura Adalah Contoh Manusia Bijak Tanpa Akal

Ahli parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Lim binti Abdullah, diakui memang seorang anak muda yang bijak.

(Penulis tidak pasti sama ada beliau seorang mualaf kerana dalam laman yang sama mencatat nama beliau sebagai Siti Mastura binti Muhammad).

Memiliki kelulusan Doktor Falsafah Pengurusan dan Pembangunan Islamik dari Universiti Sains Malaysia (USM).



Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Pengurusan dan Pembangunan Islamik Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang dan Ijazah Sarjana Muda Pengkhususan Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir.

Melihat kepada kelayakan akademi, tidak dinafikan Siti Mastura adalah seorang ahli politik muda yang bijak.

Tetapi sebagai manusia, selain dari bijak kita juga mesti berakal kerana itulah membezakan antara manusia dan haiwan.

Dan berakal tidak bersyaratkan bijak.



Tuduhan Tanpa Menyemak Fakta

Tuduhan liar yang berbaur fitnah Siti Mastura terhadap pemimpin DAP jelas membuktikan bahawa beliau bukanlah seorang yang berakal.

Atau mungkin beliau gagal menggunakan akal beliau dalam mencari populariti di dalam politik.

Fakta yang beliau kemukakan semasa membuat fitnah, jauh terpesong dari kebenaran.

Mana mungkin seorang berbangsa Cina dengan nama keluarga berbeza boleh mempunyai pertalian darah yang rapat?



Lee Kuan Yew, Lim Kit Siang, Anthony Loke, Teresa Kok, Nga Kor Meng jelas mempunyai nama keluarga yang berbeza.

Lebih pelik lagi apabila pemimpin yang mempunyai leluhur yang berbeza tersebut dikaitkan pula dengan Chin Peng.

Apakah Siti Mastura tahu bahawa Chin Peng adalah nama gelaran kepada Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya tersebut.

Nama sebenar beliau semasa dilahirkan ialah Ong Boon Hua.



Ini bermaksud leluhur Chin Peng adalah dari keluarga Ong, bukan Lim, bukan Loke, bukan Kok mahu pun Nga.

Tapi ini bukan kali pertama Siti Mastura membuat tuduhan melulu seperti seorang penyondol.

Beliau mengkritik Anwar Ibrahim kerana mahu melantik Nurul Izzah sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada perdana menteri.

Tetapi beliau melantik suami sendiri sebagai pegawai khas beliau.



Beliau mengecam ‘prank’ menarik tudung wanita yang sebenarnya tidak bertudung dan menganggapnya sebagai menjatuhkan maruah wanita Islam.

Tetapi mungkin beliau beranggapan melakukan fitnah adalah perbuatan yang akan memartabatkan maruah wanita Islam.

Siti Mastura Adalah Contoh Manusia Bijak Tanpa Akal

 

Di Syorkan Untuk Anda:



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button