Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebatan dan denda RM10 juta ke atas ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau telah disabitkan dengan kesalahan terhadap 4 pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Armada berjumlah RM1.12 juta.

Hakim Azhar Abdul Hamid bagaimanapun membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan hukuman sementara rayuan dibuat di Mahkamah Rayuan.



Pada 28 Oktober tahun lalu, mahkamah mengarahkan Syed Saddiq membela diri selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atasnya.

Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq, untuk melakukan pecah amanah dana Armada berjumlah RM1 juta.

Untuk pertuduhan kedua, dia didakwa menyalahgunakan wang RM120,000 untuk diri sendiri.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman lima tahun penjara, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.



Syed Saddiq turut dihadapkan dengan dua pertuduhan pengubahan wang haram.

Beliau didakwa memindahkan wang RM100,000 dari akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman 15 tahun penjara dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai terlibat.



Sehubungan dengan itu, Syed Saddiq mengumumkan telah melepaskan jawatan sebagai presiden parti MUDA.

Namun begitu, beliau masih mengekalkan jawatan sebagai ahli parlimen Muar.

Dengan hukuman yang telah diberikan oleh Mahkamah Tinggi ke atas Syed Saddiq, beliau kini telah mencatat sejarah politik negara dan mungkin juga dunia.

Nama Syed Saddiq telah mencatatkan nama beliau sebagai ahli politik yang juga bekas menteri pertama dikenakan hukuman sebatan rotan.



Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button