Selepas Serangan Kepada UMNO Gagal, PAS Cuba Serang DAP

Selepas Serangan Kepada UMNO Gagal, PAS Cuba Serang DAP

Selepas Serangan Kepada UMNO Gagal, PAS Cuba Serang DAP

Usaha PAS untuk memecahbelahkan UMNO sehingga ke hari ini menemui jalan buntu.

Bermula dari sebelum PRU 15, PAS melakukan pelbagai cara untuk meruntuhkan UMNO melalui politik kotor mereka.

Memberikan janji untuk memasuki PRU 15 bersama UMNO, tetapi sebaik sahaja persetujuan dicapai, PAS khianati janji yang telah dipersetujui bersama.



Sebaik sahaja janji dikhianati, tanpa berlengah, presiden PAS, Hadi Awang, terus menyerang UMNO.

Kononnya di dalam UMNO masih ada lagi ‘kekotoran’ yang tidak boleh diterima oleh PAS dan selagi kekotoran itu ada, tidak mungkin PAS akan berkerjasama dengan UMNO.

Tetapi kini telah terbukti, antara Barisan Nasional dengan Perikatan Nasional, gabungan parti mana yang lebih kotor?

Pemimpin parti mana yang lebih ramai terpalit dengan pendakwaan rasuah dan salahguna kuasa?



Selepas PRU 15, PAS secara konsisten menyerang UMNO.

UMNO tidak melakukan pertandingan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden, pemimpin PAS yang tidak tidur malam.

UMNO dituduh sebagai parti yang tidak demokratik, presiden UMNO memimpin UMNO secara autokratik.

Tetapi apabila tiba pemilihan parti PAS, bukan setakat jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.



Malah 3 jawatan naib presiden juga tidak dipertandingkan!!!

Sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana parti politik di dalam sejarah politik negara.

Gagal Serang UMNO, PAS Mula Serang DAP

Kini setelah melihat usaha untuk memporak-perandakan UMNO gagal, PAS mula mengalihkan serangan terhadap DAP.

Pemimpin PAS melihat, cara termudah untuk menghakiskan keyakinan rakyat terhadap DAP adalah dengan memainkan isu 3R.



Tetapi apabila kerajaan bertindak tegas dengan melarang isu 3R dimainkan, PAS mulakan dengan strategi baharu.

Pemimpin DAP dikaitkan dengan Parti Komunis Malaya (PKM) yang sudah lama diharamkan.

Pemimpin DAP dituduh mempunyai pertalian darah dengan mantan Setiausaha Agung PKM, Chin Peng.

PAS tahu rakyat Malaysia, khasnya bangsa Melayu sangat marah dan benci dengan PKM.



Jadi dengan membuat fitnah mengaitkan pemimpin DAP dengan PKM, PAS berharap akan ada penolakan rakyat terhadap kerajaan sekarang.

Tetapi, sebaliknya yang berlaku.

Ahli parlimen PAS berhadapan risiko disaman oleh pemimpin DAP kerana memfitnah.

Dan sekiranya tidak mahu disabitkan dengan kesalahan, beliau perlu mengemukakan bukti bahawa tuduhan beliau itu bukan fitnah.



Kalau gagal, bersedialah untuk menerima hukuman yang sudah diperuntukkan.

 

Selepas Serangan Kepada UMNO Gagal, PAS Cuba Serang DAP

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button