Status MP Bukan Lesen Untuk Fitnah

Status MP Bukan Lesen Untuk Fitnah

Ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng, memberikan tempoh 48 jam kepada ahli parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad (PAS), untuk buktikan bahawa beliau adalah anak saudara Chin Peng.

Sekiranya Siti Mastura gagal, Lim Guan Eng akan mengambil tindakan undang-undang kerana memfitnah dan mengaibkan beliau.

Lim Guan Eng berkata demikian di dalam satu sidang media yang diadakan di lobi parlimen.



Tuntutan Lim Guan Eng itu adalah berikutan kenyataan Siti Mastura yang menuduh beliau dan beberapa pemimpin DAP yang lain mempunyai pertalian darah dengan Chin Peng.

Siti Mastura berkata demikian di dalam satu ceramah politik di Terengganu baru-baru ini.



Ketika beliau diasak oleh MP DAP di parlimen supaya beliau memberikan penjelasan mengenai Siti Mastura enggan memberikan apa-apa respon.

Dan ketika wartawan cuba mendapatkan penjelasan dari beliau, Siti Mastura sekadar berkata, tengok video sampai habis.

Dari video klip di atas, sangat jelas Siti Mastura menuduh Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin DAP yang lain bersaudara dengan Chin Peng.

Malah Siti Mastura juga menuduh ‘keluarga Chin Ping’ yang berada di Malaysia sentiasa berusaha untuk merealisasikan agenda mereka.



Namun tidak pula beliau nyatakan, apakah agenda tersebut.

Adakah Siti Mastura merasakan dengan status beliau sebagai ahli parlimen dari PAS dan bertudung labuh, maka perbuatan fitnah adalah halal bagi beliau?

Atau Siti Mastura merasakan sebagai ahli parlimen dari parti yang kononnya memperjuangkan Islam, beliau boleh sesuka hati memfitnah orang bukan Islam?

@reenasuhaini



Di dalam al-Quran Allah SWT telah berfirman berkaitan balasan bagi orang yang suka membuat fitnah maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).” (Surah al-Nur ayat 19)#fyp

♬ original sound – Reena Suhaini – REENA SUHAINI

Kalau itu yang beliau rasakan, dengarkanlah apa yang dikatakan oleh Ustaz Wadi Anuar.

Beliau diberikan mandat oleh pengundi Kepala Batas sebagai ahli parlimen supaya beliau dapat membantu menyelesaikan masalah rakyat di sana.



Siti Mastura mesti ingat, jawatan sebagai ahli parlimen tidak akan kekal selama-lamanya.

Dan status sebagai ahli parlimen bukanlah lesen untuk beliau menabur fitnah!!!

 

Status MP Bukan Lesen Untuk Fitnah

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading