Penyiasat 1MDB Setuju Najib Tidak Gunakan Wang 1MDB Untuk Keperluan Peribadi

Penyiasat 1MDB Setuju Najib Tidak Gunakan Wang 1MDB Untuk Keperluan Peribadi

Penyiasat 1MDB Setuju Najib Tidak Gunakan Wang 1MDB Untuk Keperluan Peribadi

Pegawai penyiasat kes1MDB mengakui bahawa DS Najib membayar jutaan ringgit daripada dana yang sah kepada individu dan entiti politik.

Saksi pendakwaan ke-48 Foo Wei Min, bersetuju bahawa dana sah daripada akaun DS Najib juga tidak pernah digunakan untuk membeli kapal mewah.

Foo menjawab soalan semasa pemeriksaan balas oleh peguambela DS Najib, TS Shafee Abdullah dalam perbicaraan kes 1MDB.



Shafee menyoalnya mengenai baki sah yang tinggal di dalam akaun bank Najib.

Ianya berikutan RM2.27 bilion ringgit dana 1MDB yang didakwa mengalir masuk dan keluar dari akaunnya antara 2011 dan 2014.

Shafee: Ini penting, baki wang sah selepas membelanjakan sedikit.

Adakah anda setuju bahawa dia berbelanja banyak untuk tujuan politik dan kebajikan, membayar kepada Umno Batu Kawan, Umno Pulau Pinang di sana sini.



Dan pelbagai perbelanjaan yang dia buat untuk kebajikan CSR (tanggungjawab sosial korporat)?

Foo: Ya.

Shafee: Anda selesai mengesan mengapa individu dan entiti politik dibayar?

Foo: Ya.



Shafee: Ia kembali kepada tujuan politik.

Tidak ada perbelanjaan untuk diri sendiri, contohnya dia pergi dan membeli kapal layar?

Foo: Tidak.

Sangat jelas, DS Najib tidak membelanjakan wang yang ada di dalam akaun beliau untuk tujuan peribadi.



Tetapi beliau membelanjakannya untuk tujuan CSR dan juga sumbangan kepada parti UMNO di beberapa bahagian UMNO di seluruh negara.

Mengapakah beliau melakukan begitu?

Kerana beliau percaya wang yang ada dalam akaun beliau itu adalah sumbangan dana politik dari keluarga Di Raja Arab Saudi.

Semakin banyak kebenaran terbongkar.



Yang tinggal untuk menentukan sama ada keadilan akan diberikan kepada DS Najib adalah proses perbicaraan dan hakim yang adil.

 

Penyiasat 1MDB Setuju Najib Tidak Gunakan Wang 1MDB Untuk Keperluan Peribadi

 

Di Syorkan Untuk Anda:



Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading