Che Ta Mengamuk?-“Servis Kedai Makan Ni Teruk Macam Syaiton!” [VIDEO]
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya iaitu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
Dia Bagi Makan Nasi Dengan Pisau?
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 351 ribu, tanda suka sebanyak 9 ribu dan hampir 2 ratus komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta memberitahu bahawa dia memesan nasi kerabu namun diberinya pisau untuk digunakan. Namun apabila meminta sudu diberikan 4 sudu untuknya pula.
@rozitachewan1
… teruk mcm syaiton service kedai ni wei ! Dgn lambat … nk bayar pun lambat … kita dh bayaq, depa mai bg bil lagi .. ehhhhhh! Apo ??? . #cheta #rcw #rozitachewan #fyp
Rata-rata netizen juga komen perkara yang sama mengenai kedai makan tersebut. Mereka mengatakan selepas sahaja tamat PKP, layanan kedai makan tersebut menjadi semakin teruk.
“Dia ingat Che Ta ni Wolverine? nak kena pakai sampai 4 pisau”
“Dia macam geram, tapi lawak cara Che Ta”
“Kebiasaannya bila nampak artis pi makan tempat kita mesti nak serve baik2, ni berani ko cincai2”-kata mereka
Apa-apa pun, semoga kedai makan tersebut dapat mengubah cara layanan mereka kepada pelanggan. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
Che Ta Mengamuk?-“Servis Kedai Makan Ni Teruk Macam Syaiton!” [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sikap Pemimpin Liga Arab – Islam Mengecewakan Dunia Islam
- Berdepan Tindakan Undang Undang, Siti Mastura Cuba Alih Tiang Gol
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :