Lelaki dera anak teman wanita hingga meninggal diburu

Lelaki dera anak teman wanita hingga meninggal diburu

Lelaki dera anak teman wanita hingga meninggal diburu
Foto hiasan

BESUT: Polis giat mengesan lelaki yang dipercayai mendera anak teman wanitanya yang juga ibu tunggal hingga meninggal dunia pada 8 November lalu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad, berkata Muhammad Rafiq Rayyan Muhammad Rusydan yang berusia setahun lima bulan, meninggal dunia ketika dirujuk ke Klinik Kesihatan Kampung Raja.

Katanya, wanita berusia 27 tahun itu direman tiga hari dari 9 hingga 11 November sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.



Khamis lalu, media melaporkan pihak klinik mendapati mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mempunyai kesan lebam di beberapa anggota badan.

Bedah siasat mendapati, mangsa meninggal dunia akibat kebocoran usus kecil.

Siasatan mendapati kanak-kanak itu dipercayai diserahkan kepada seorang rakan ibunya untuk dijaga pada 7 November kira-kira jam 4 petang dan dipulangkan keesokannya kira-kira jam 7.30 pagi.

Rozak berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta kanak-kanak 2001 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.



“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes boleh menghubungi ibu Pejabat Polis Daerah Besut 09-6956222,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Lelaki dera anak teman wanita hingga meninggal diburu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kes Pembunuhan Altantuya: Ada Yang Lebih Penting Di Bongkarkan Selain Usaha Membawa Pulang Sirul Azhar



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button