Sikap Pemimpin Liga Arab – Islam Mengecewakan Dunia Islam

Sikap Pemimpin Liga Arab - Islam Mengecewakan Dunia Islam

Sikap Pemimpin Liga Arab – Islam Mengecewakan Dunia Islam

Persidangan Liga Arab – Islam yang dihadiri hampir semua pemimpin negara Islam di dunia gagal mencapai kata sepakat.

Pemimpin Islam khususnya Arab menunjukkan perbezaan apabila tidak memutuskan sebarang langkah drastik bagi menangani krisis berkenaan.

Lebih memalukan, persidangan tersebut menunjukkan perpecahan dalam kalangan pemimpin wilayah Arab dalam menangani krisis di Gaza.



Tidak ada sebarang keputusan dipersetujui untuk mengambil sebarang langkah berkenaan tindakan ekonomi mahupun politik.

Ia sekadar menolak dakwaan Israel yang rejim itu terpaksa bertindak kejam kerana mempertahan diri.

Serta gesaan penjualan senjata kepada Israel dihentikan.

Penulis tidak faham mengapa ketua negara Islam membuat gesaan supaya penjualan senjata kepada Israel dihentikan.



Bukankah Israel merupakan antara pengeluar utama persenjataan dan apakah ada negara Islam yang menjadi pengekspot senjata?

Bukan Hanya Rakyat Palestin Kecewa, Malah Dunia Islam Malu Dengan Sikap Pemimpin Islam

Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin, Dr Abdullah Waleed, berkata sidang kemuncak itu tidak mencapai apa yang diharapkan.

“Jika anda tanya kepada mana-mana rakyat Palestin di Gaza, mereka sangat kecewa, amat kecewa dengan resolusi yang dicapai”.

“Meskipun seperti apa yang saya katakan, ucapan (pemimpin Islam) itu baik, menunjukkan solidariti dan sokongan mereka”.



“Bahasa mereka sangat jelas iaitu mengutuk dan menyalahkan Israel tetapi pada hakikatnya, apa yang kami mahukan ialah resolusi yang praktikal”.

“Penduduk Gaza berharap dunia Islam akan mengambil langkah yang benar-benar berkesan untuk menekan Israel dan sekutunya untuk menghentikan serangan dan menarik balik kepungan”.

“Dunia Arab boleh menghentikan eksport minyak ke Israel dan sekutunya selain memutuskan hubungan diplomatik untuk menekan rejim itu,” kata Dr Abdullah Waleed.

Malangnya dunia Islam kini tidak lagi mempunyai pemimpin seperti bekas Raja Arab Saudi, Almarhum King Faisal.



Selepas Perang Ramadhan pada tahun 1973, Almarhum King Faisal, telah mengambil tindakan tegas menyekat bekalan minyak ke Israel dan sekutu Amerika yang pro Israel.

Akibatnya berlaku krisis minyak yang sangat serius kepada Amerika dan sekutu mereka yang pro Israel.

Keadaan ini telah memaksa Amerika supaya memberikan tekanan kepada Israel.

Tetapi hari ini, dunia Islam dipimpin oleh pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri dan seolah merestui kekejaman Zionis Yahudi ke atas umat Islam di Palestin!!!



 

Sikap Pemimpin Liga Arab – Islam Mengecewakan Dunia Islam

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button