Euro 2024: Standard England kecewakan Southgate
Euro 2024: Standard England kecewakan Southgate
LONDON – Ketua Jurulatih England, Gareth Southgate meluahkan rasa kecewa apabila barisan pemainnya gagal menampilkan aksi diinginkan ketika menang 2-0 ke atas Malta pada saingan kelayakan Euro 2024 di Wembley awal pagi semalam.
Difahamkan, aksi bawah standard itu mungkin disebabkan The Three Lions mengendurkan tempo permainan memandangkan mereka sudah layak ke pusingan akhir kejohanan bola sepak Eropah berkenaan.
Bagaimanapun, kemenangan tersebut masih belum cukup buat Southgate memandangkan beliau mengharapkan aksi lebih dominan daripada pemain-pemainnya, lebih-lebih lagi menentang pasukan seperti Malta.
“Secara jujur, kami gagal mencapai standard sebenar yang sudah dipamerkan sepanjang saingan musim ini. Bagi saya, perlawanan seperti ini tidak sepatutnya menjadi masalah besar untuk kami kutip tiga mata.
“Bagaimanapun, kami bermula agak perlahan dan sukar untuk meningkatkan tempo permainan. Saya fikir semua pemain tahu aksi mereka hari ini (semalam) sangat mengecewakan dan perlu diperbaiki lagi,” katanya.
Pada perlawanan itu, England terpaksa mengharapkan gol sendiri daripada pemain pertahanan Malta, Enrico Pepe seawal minit kelima sebelum penyerang, Harry Kane menggandakan kedudukan pada minit ke-75.
“Ini bukanlah persembahan terbaik kami walaupun England adalah pasukan lebih baik. Kami gagal untuk merancang permainan dengan baik pada awal permainan, namun ia sedikit berubah selepas waktu rehat,” ujar Kane. – AGENSI
Euro 2024: Standard England kecewakan Southgate
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hakikat Al Quran Mengenai Bangsa Yahudi & Nasib Palestin
- Selepas MP PPBM, Kini MP PAS Pula Sokong PMX
- Video ‘Wahab & Gajus’, siapa ‘Mr H’?
- “Cabut sat nak kentut”, Netizen bandingkan video Haziq dan Wahab ‘Gajus’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Shafee Abdullah layak diangkat sebagai Presiden Majlis Peguam