Skuad badminton bakal gengggam pingat di Universiade Chengdu

Skuad badminton bakal gengggam pingat di Universiade Chengdu

Skuad badminton bakal gengggam pingat di Universiade Chengdu
Beregu wanita badminton negara Teoh Lexuan dan Ng Qi Xuan tampil cemerlang di Universiade Chengdu.

CHENGDU, China – Skuad badminton negara bakal menyumbang pingat tambahan kepada Kontinjen Malaysia di Universiade Chengdu selepas melayakan diri ke pentas separuh akhir acara berpasukan campuran.

Pada saingan tersebut, Malaysia meraih kemenangan 3-1 setelah mengatasi Hong Kong. Mata pertama Malaysia diperolehi menerusi gandingan beregu campuran negara, Wong Tien Ci dan Desiree Siow Hao Shan selepas bangkit menewaskan Shing Choi Yeung dan Chi Yan Fu dengan keputusan 21-18, 21-17.

Kemenangan tersebut diteruskan dalam acara perseorangan wanita menerusi Yap Rui Chen untuk Malaysia mendahului 2-0. Rui Chen yang menggantikan S.Kisona akibat kecederaan turut cemerlang selepas mengatasi Saloni Samirbhai Mehta 21-17, 21-14.



Pada perlawanan ketiga, Hong Kong berjaya bangkit merapatkan kedudukan selepas pemain utamanya, Pak Ngai Mak mengatasi pemain perseorangan lelaki negara, Faiz Rozain dengan keputusan straight set 21-16, 21-11.

Bagaimanapun, impian Hong Kong untuk mencari kemenangan kedua tidak kesampaian apabila gandingan beregu wanita Teoh Lexuan dan Ng Qi Xuan memberi kemenangan 3-1 buat Malaysia setelah menewaskan Hiu Yan Tsang dan Mau Ying Yang 21-17, 21-12.

Keputusan itu sudah cukup untuk membawa Malaysia melangkah ke peringkat separuh akhir pagi esok menentang juara bertahan dari Taiwan.

Tanpa mengira keputusan perlawanan esok, satu lagi pingat sudah berada dalam genggaman kontinjen negara apabila ketika ini Malaysia sudah mengumpul 1 pingat emas dan 3 gangsa setakat ini. -KOSMO! ONLINE



Skuad badminton bakal gengggam pingat di Universiade Chengdu

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Relaks Dulu Bohhh, Melayu Isley PAH Nak Pekena Mahjong Sepapan Dua Dulu

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading