HAMAS Dedah Isi Kandungan Perjanjian Gencatan Senjata
HAMAS Dedah Isi Kandungan Perjanjian Gencatan Senjata
HAMAS mengesahkan gencatan senjata sementara yang disetujui oleh kedua-dua pihak akan berlangsung selama empat hari.
Dalam tempoh ini Israel akan menghentikan tindakan ketenteraan di semua kawasan di Semenanjung Gaza.
Dalam gencatan senjata ini juga, ratusan trak bantuan kemanusiaan, termasuk bekalan perubatan dan bahan api, akan dibenarkan masuk ke Gaza.
Pergerakan dron di selatan Gaza juga dimaklumkan akan dihentikan selama empat hari.
Iaitu selama enam jam sehari, antara 10 pagi dan 4 petang waktu tempatan.
Israel memberi komitmen untuk tidak menyerang atau menangkap sesiapa di semua kawasan di Semenanjung Gaza.
Dan kebebasan bergerak akan dijamin di sepanjang jalan Salah al-Deen.
HAMAS juga berkata bahawa 150 wanita dan kanak-kanak Palestin yang ditahan di penjara Israel akan dibebaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian itu.
Dalam perkembangan yang sama, kedua-dua pihak sudah membebaskan tahanan masing-masing.
50 tebusan Israel yang ditawan Hamas telah dibebaskan, manakala Israel pula telah membebaskan 150 rakyat Palestin yang dipenjarakan.
Persetujuan ini adalah sebagai sebahagian dari syarat gencatan senjata yang telah dipersetujui oleh HAMAS dan Israel.
Ini adalah gencatan senjata pertama selepas hampir tujuh minggu perang Palestin-Israel dicapai.
Qatar telah memainkan peranan utama sebagai perantara dalam perjanjian gencatan senjata tersebut.
Ianya telah disambut baik oleh seluruh dunia sekali gus memberi petanda rakyat penderitaan dan kesengsaraan rakyat Palestin akan reda.
Menteri-Menteri dari negara Arab memuji perjanjian yang dicapai, namun, menegaskan, ia adalah langkah awal ke arah gencatan sepenuhnya.
Israel berkata, gencatan itu boleh dipanjangkan sekiranya lebih banyak rakyatnya yang masih dalam tawanan dibebaskan.
Sementara sumber Palestin pula berkata, sehingga 100 tawanan berkemungkinan akan dibebaskan menjelang hujung bulan ini.
HAMAS Dedah Isi Kandungan Perjanjian Gencatan Senjata
Di Syorkan Untuk Anda:
- Kes SRC Bakal Di Sebut Semula Di Mahkamah Pada 1 Disember Ini
- Muhyiddin Terdiam Bila Di Sekolahkan Rafizi Di Parlimen
- Zahid Akan Berundur Dan Di Gantikan Hishamuddin Hussien?