Harith Farhan harap tuah di Batu Kawan

Harith Farhan harap tuah di Batu Kawan

Harith Farhan harap tuah di Batu Kawan
HARITH FARHAN berharap dapat meraih keputusan positif menjelang perlumbaan Pusingan 10 Cub Prix di Batu Kawan esok.

PELUMBA Tobaki Cilik Pink Ra­cing Team (TCPRT), Harith Farhan Baharin tidak mahu menganggap keadaan rumah­nya yang dilanda banjir di Kampung Bukit Besar, Kuala Terengganu mengganggu tum­puannya menjelang perlumbaan Pu­singan 10 Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Batu Kawan, Pulau Pinang esok.

Bagaimanapun, Harith Farhan mengakui persiapannya terjejas disebabkan situasi di luar kawalan itu kerana tidak dapat membuat sebarang aktiviti luar seperti ke gimnasium dan menyebabkannya sekadar melakukan latihan senaman badan sahaja di rumah.

Menurutnya, dia bernasib baik kerana jalan keluar dari kawasan rumahnya tidak dinaiki air dan membolehkannya bergerak ke Pulau Pinang untuk aksi kelayakan hari ini sebelum perlumbaan sebenar esok.



“Persiapan sekarang hanya boleh buat dari segi fizikal, itupun susah sikit sebab keadaan banjir. Rumah agak teruk mula-mula banjir empat hari lalu tetapi sekarang makin surut. Andai kata jalan keluar banjir, memang tak dapat ke Pulau Pinang.

“Sebenarnya hati tak berapa senang nak berlumba sebab dekat rumah ada mak seorang sahaja, adik-beradik lain semua di luar. Saya minta saudara tolong tengokkan mak di rumah.

“Saya sasarkan yang terbaik walaupun persiapan terjejas. Harap dapat buat lebih bagus berbanding perlumbaan di Tangkak. Kalau dapat buat sesuatu yang positif, kira satu ganjaran buat saya,” katanya.

Harith Farhan berjaya me-ngutip 11 mata dalam kategori CP150 pada Pusingan 9 di Kompleks Sukan Permotoran Tangkak, Johor bulan lalu.



Dua rakannya dalam kategori CP150, Afizi Supaat dan Qhuwarismi Nasir pula berada di kedudukan ke-17 serta 19.

Harith Farhan harap tuah di Batu Kawan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perebutan antara ‘Kartel’ bermula dalam BERSATU?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button