Angelina Jolie tamatkan khidmat UNHCR

Angelina Jolie tamatkan khidmat UNHCR

Angelina Jolie tamatkan khidmat UNHCR

GENEVA: Pelakon terkenal Hollywood, Angelina Jolie mengumumkan beliau menamatkan perkhidmatannya sebagai wakil khas bagi Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR).

Aktres itu bagaimanapun memaklumkan akan membawa haluan sendiri selepas lebih 20 tahun bersama agensi antarabangsa itu berkempen membantu mangsa pelarian di seluruh dunia.
Jolie, 60, yang sudah menjalankan lebih 60 misi di lapangan bersama UNHCR, menyatakan beliau akan bekerjasama secara terus dengan pelarian di luar badan global itu.

“Saya akan terus melakukan sedaya mungkin pada tahun-tahun akan datang untuk membantu pelarian dan individu yang terjejas.



“Setelah 20 tahun bekerja di bawah agensi PBB, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya bekerja di luar badan itu.

“Saya akan bekerjasama secara langsung dengan pelarian dan pertubuhan sukarela tempatan serta menyokong advokasi mereka untuk penyelesaian,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada tahun ini, aktres itu mengunjungi Yaman dan Ukraine untuk bertemu dengan penduduk yang terjejas dengan konflik di negara itu.

Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi UNHCR, Filippo Grandi merakamkan ucapan terima kasih atas khidmat, komitmen dan perubahan dibawa oleh Jolie dalam kehidupan pelarian dan mangsa terjejas.



“Selepas sekian lama bersama UNHCR, saya menghargai keinginannya untuk membawa haluan sendiri dan menyokong keputusannya.

“Saya tahu isu pelarian akan kekal dekat di hatinya dan saya pasti beliau akan terus membawa semangat dan perhatian sama kepada portfolio kemanusiaan yang lebih luas,” katanya. – REUTERS/AGENSI

Pelarian selama 12 tahun tidak dibenar bekerja



Angelina Jolie tamatkan khidmat UNHCR


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading