Masih tiada keadilan buat Najib Razak

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Masih tiada keadilan buat Najib Razak

Bekas Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak masih tidak mendapat keadilan yang diharapkan dalam kes RM27 juta SRC. Pihak pendakwaan pula meminta penangguhan selama 3 bulan bagi membolehkan AGC membuat keputusan berhubung surat representasi Najib.



Ini sesuatu yang agak mengejutkan kerana pihak pendakwa telah diberikan tempoh selama 4 bulan bagi mempertimbangkan surat representasi tersebut.

Malah, kes ini telah masuk tahun ke-5 sejak 2019 sejak didakwa tetapi masih belum dibicarakan lagi. Dimanakah keadilan yang sepatutnya diberikan dalam kes ini?

Di pihak pembelaan, mereka telah meminta agar kes diberikan DNAA namun Hakim tidak bersetuju untuk memberikan DNAA kepada Najib dalam kes RM27 juta SRC.

Masih tiada keadilan buat Najib Razak



Hakim juga tidak memberi penangguhan sebagaimana diminta pihak pendakwaan sebaliknya menetapkan kes didengari semula pada tahun hadapan.

Sama ada untuk terima surat representasi Najib dan gugurkan kes ini bergantung kepada keputusan Mahkamah pada 19 Januari 2024.

Apakah lagi bentuk kezaliman yang akan di terima Najib sepanjang perbicaan beliau melibatkan kes yang diperam selama 5 tahun?

Mahkamah perlu bertindak dengan lebih adil dan saksama sekiranya tidak mahu Institusi Mahkamah dipandang serong oleh rakyat.



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button