Samsuri akan lepaskan jawatan Menteri Besar Terengganu?

Oleh – Bakhtiar Omar


Samsuri akan lepaskan jawatan Menteri Besar Terengganu?

Spekulasi Dato Seri Ahmad Samsuri akan lepaskan jawatan Menteri Besar Terengganu selepas keputusan PRK Kemaman diumumkan.



Desas-desus mengenainya sudah mula kedengaran di kalangan pemerhati politik yang menjangkakan akan berlaku rombakan di peringkat negeri sekiranya Samsuri menang malam ini.

Perkara ini menjadi tumpuan apabila sudah ada poster ucapan tahniah kepada Samsuri yang dikatakan bakal menjadi Perdana Menteri Ke-11 apabila Perikatan Nasional mengambil alih Putrajaya dalam masa terdekat.

Keyakinan Perikatan Nasional untuk mengambil alih pentadbiran Persekutuan bukanlah perkara baru, tetapi sudah berlanjutan sejak Ogos sehingga sekarang.

Samsuri dikatakan calon paling sesuai untuk diangkat Perikatan Nasional kerana ada pihak yang tidak mahu PM Ke-11 dari kalangan kitar semula dan ini menjadikan Samsuri pilihan utama mereka.



Jawatan Menteri Besar Terengganu pula dijangkakan akan disandang individu yang mendapat restu dari Presiden PAS dan akan diumumkan oleh beliau sendiri.

PAS TIDAK PEDULI BAWA MAHATHIR NAIK PENTAS WALAU TIDAK DISENANGI BERSATU?

Samsuri akan lepaskan jawatan Menteri Besar Terengganu?

Kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir ke ceramah mega malam semalam menyemarakkan lagi spekulasi berkaitan Samsuri kerana Mahathir begitu memuji kehebatan Samsuri mentadbir Terengganu sehingga berjaya menjadi antara negeri yang maju dari 4 negeri di bawah pentadbiran PAS.

Namun demikian, ternyata kehadiran Mahathir tidak disenangi BERSATU yang menerajui Perikatan Nasional. PAS pula bertindak seolah mereka dominan dan BERSATU perlu akur dan tidak boleh membantah jika PAS membawa Mahathir ke pentas mereka.



Sebagaimana diketahui, Mahathir kini tidak menyertai mana-mana parti selepas beliau meninggalkan PEJUANG. PAS pula mengambil peluang atas populariti Mahathir dikalangan kaum Melayu untuk mencari pengaruh bagi mengembangkan lagi parti mereka.

Berbeza dengan kenyataan Muhyiddin yang menyebut PAS tanpa BERSATU dan Perikatan Nasional sudah tepu sokongan, jadi untuk terus ‘hidup’ dalam politik, PAS perlukan BERSATU dan Perikatan Nasional.

Samsuri akan lepaskan jawatan Menteri Besar Terengganu?

MAMPUKAH SAMSURI BERDEPAN PERBAHASAN DI PARLIMEN?

Dilemma Samsuri kelak sekiranya beliau terpilih menjadi Ahli Parlimen Kemaman, mampukah beliau menyerap ‘serangan’ sekiranya berbahas di Parlimen?



Apa portfolio yang akan diberikan Perikatan Nasional kepada Samsuri di Parlimen kelak? Sekadar Ahli Parlimen biasa dan hanya menyediakan soalan atau ada peranan yang lebih besar selayaknya beliau?

Paling menjadi persoalan, mampukah Samsuri diangkat menjadi Perdana Menteri sebagaimana diwar-warkan oleh pemain media Perikatan Nasional dan PAS?

 

 



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button