Oxford pilih ‘Rizz” sebagai Perkataan Tahun 2023
Oxford pilih ‘Rizz” sebagai Perkataan Tahun 2023
Secara rasmi, Oxford University Press, akhbar akademik kedua tertua di dunia dan penerbit Oxford English Dictionary, memilih ‘rizz’.
Rizz bagi Gen Z (atau Gen Alpha) adalah slanga untuk gaya karisma, daya tarikan atau taraf, atau keupayaan untuk menarik rakan romantik atau seksual dan ia dipilih sebagai Perkataan Tahun 2023 oleh Oxford.
Ia mengatasi perkataan popular lain seperti situationship, prompt, de-influencing dan Swiftie.
‘Rizz’ pertama kali direkodkan pada 2022, menurut Oxford. Tetapi ia menjadi tular pada Jun, selepas pelakon British, Tom Holland, dalam temu bual dengan BuzzFeed, berkata: “Saya mempunyai ‘rizz’ yang terhad.”
Itu memunculkan sejumlah meme, dengan penggunaan keseluruhannya meningkat sebanyak kira-kira 15 kali ganda berbanding tahun sebelumnya, menurut data Oxford.
Casper Grathwohl, presiden Oxford Languages untuk bahagian kamus berkata, pilihan pada 2023 mencerminkan cara media sosial dalam meningkatkan kadar perubahan bahasa secara eksponen.
“Satu daripada sebab mengapa ia bergerak dari menjadi frasa media sosial yang niche ke arah arus perdana ialah, ia hanya menyeronokkan untuk diucapkan,” katanya dalam laporan The Straits Times.
Perkataan Tahun oleh Oxford didasarkan pada bukti penggunaan yang ditarik dari korpus yang sentiasa dikemas kini lebih daripada 22 bilion perkataan yang dikumpulkan dari sumber berita dalam Bahasa Inggeris di seluruh dunia. .
Pada 2023, orang awam dijemput untuk memendekkan senarai perkataan berdasarkan tema. Oxford mengatakan kira-kira 30,000 orang mengundi. Pasukan Oxford kemudian membuat pilihan terakhir.
Oxford pilih ‘Rizz” sebagai Perkataan Tahun 2023
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Paku Terakhir Keranda PPBM Berada Di Tangan Dr Samsuri
- Strategi UMNO Mesti Berubah Kalau Mahu Bangkit Semula
- Polis Cekup Individu Promosi Israel
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP