Pemuda rayu ke Mahkamah Persekutuan sabitan bunuh

Pemuda rayu ke Mahkamah Persekutuan sabitan bunuh

Pemuda rayu ke Mahkamah Persekutuan sabitan bunuh
Notis rayuan difailkan pada 21 September lalu. – Gambar hiasan BH

PUTRAJAYA: Seorang pemuda memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan atas sabitan membunuh dan perintah ditahan di penjara selama diperkenan Yang di-Pertuan Agong berhubung kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 2017 yang mengorbankan 23 nyawa.

Peguam Haijan Omar yang mewakili pemuda berusia 22 tahun itu, berkata notis rayuan difailkan pada 21 September lalu.

Pada 11 September lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Abu Bakar Jais, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk See Mee Chun menolak rayuan pemuda itu dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara.



Hakim Che Mohd Ruzima yang menyampaikan keputusan itu berkata, mahkamah bersetuju dengan dapatan hakim Mahkamah Tinggi dalam memutuskan keterangan mengikut keadaan yang dikemuka oleh pendakwaan adalah kukuh dan menjurus kepada satu arah, iaitu pemuda (PKK1) bersama seorang lagi yang tidak dikenali, memanjat pagar belakang sekolah untuk memulakan kebakaran yang menyebabkan 23 orang terkorban.

Panel yang sama turut menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan seorang lagi pemuda (PKK2), juga berumur 22 tahun, daripada tuduhan membunuh tanpa dipanggil membela diri.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  



Pada 17 Ogos 2020, Mahkamah Tinggi mendapati PKK1 bersalah atas kesalahan membunuh dan memerintahkan beliau ditahan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong. Pada hari yang sama, Mahkamah Tinggi membebaskan PKK2 daripada tuduhan membunuh.

Mengikut pertuduhan, pemuda yang berusia 16 tahun ketika kejadian itu bersama seorang lagi individu yang tidak dikenali, didakwa membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju di sini, antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi pada 14 Sept 2017.

Dia didakwa dengan 23 pertuduhan, masing-masing mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntuk hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.



Bagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 memperuntuk pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati dan boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan Seksyen 97(2) akta sama. – BERNAMA

Pemuda rayu ke Mahkamah Persekutuan sabitan bunuh


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading