‘Nasi Kangkang’ Mahathir

Tidak perlu disusun mengikut turutan, semua orang tahu siapa individu yang Mahathir gunakan untuk kepentingan peribadinya. Baik dari segi pengukuhan aliran kekayaan untuk diri dan keluarga malah lebih menakutkan Mahathir menjadikan orang-orang di sekelilingnya bagaikan kuda tunggangan.

Pelik, seolah terkena sihir atau nasi kangkang, semua individu yang mengenali Mahathir, mengetahui bagaimana Mahathir bertindak dan paparan tindak-tanduk tersebut bukan sekadar gosip atau ‘fake news’ malah kisah Mahathir dengan manusia di sekelilingnya menjadi topik utama di kesemua platform media perdana baik media digital, media cetak dan media sosial. Kesemuanya menjadi umpama lembu yang dicucuk hidung.

Bayangkan semua berita perjalanan hidup Mahathir samada di koridor kuasa dan bagaimana beliau mampu berada di puncak kehidupan super mewah (rujuk buku Barry Wain – Malaysian Maverick) sudah tidak menjadi rahsia lagi namun kerana gila kuasa dan entah apa yang dijanjikan oleh Mahathir, individu-individu yang begitu lama tahu akan kisah Mahathir seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan terbaru adalah Ku Li boleh tunduk bila berhadapan dengan beliau.

Anwar, lebih dari 16 tahun membontoti Mahathir dan hampir saja menggantikannya akhirnya tewas tersungkur. Kit Siang, lebih dari 30 tahun menyerang Mahathir dari sudut salah laku pentadbiran negara terutama skandal rasuah dan penyalahgunaan wang rakyat juga tewas, sanggup jilat ludah sendiri semata-mata ingin bersama Mahathir untuk menumbangkan kerajaan BN.

Terkini, Tengku Razaleigh Hamzah. Belum pun sampai setahun beliau membuat kenyataan jangan pedulikan apa yang keluar dari mulut Mahathir, akhirnya beliau sendiri merangkak datang diseru Mahathir untuk bersama membuat kenyataan media yang berakhir dengan memalukan diri sendiri apabila Mahathir menyatakan dengan jelas bahawa beliau sendiri bersedia untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi. Ku Li kelihatan terpinga-pinga seolah-olah tidak percaya dengan apa yang Mahathir katakan, wajah Ku Li berubah, pucat bagaikan tersedar betapa beliau dikencing hidup-hidup oleh Mahathir.

Mungkin Ku Li ingat Mahathir ingin cadangkan beliau sebagai Perdana Menteri.

Ku Li menjadi lebai malang yang tidak dililit serban di kepalanya. Siapa lagi selepas ini? Najib?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *