300 batu karang dikeluarkan daripada wanita
300 batu karang dikeluarkan daripada wanita

Taipei: Hospital Taiwan, baru-baru ini, berjaya membuang lebih 300 batu karang daripada wanita yang gemar mengamalkan minum teh bubble berbanding air putih.
Pusat Perubatan Chi Mei berkata, wanita itu, Xiao Yu, 20, dimasukkan ke hospital di bandar Tainan, minggu lalu.
Katanya, wanita muda itu mengalami demam dan sakit pada bahagian bawah punggungnya.
“Melalui imbasan ultrabunyi, doktor di jabatan kecemasan mendapati buah pinggang kanannya bengkak dengan ada cecair dan batu karang di dalamnya.
“Imbasan CT mendedahkan, batu karang itu berukuran kira-kira lima milimeter hingga dua sentimeter.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jimat Cermat Cara Anwar Ibrahim
- Tindakan Mengepam Air Ke Dalam Terowong HAMAS Tidak Berperkemanusiaan & Akan Gagal
- Adakah PAS Parti Peminta Sedekah?
“Ujian darahnya menunjukkan bilangan sel darah putih yang tinggi,” kata hospital itu dalam artikel disiarkan di laman web mereka, 8 Disember lalu.
Hospital itu memaklumkan, doktor memberi wanita rawatan antibiotik, untuk mengalirkan cecair dari buah pinggangnya dan melakukan pembedahan invasif minimum untuk membuang lebih 300 batu karang yang kelihatan seperti roti kukus kecil.
“Keadaan pesakit stabil selepas pembedahan dan dibenarkan keluar selepas beberapa hari pemerhatian doktor,” katanya.
Artikel itu mengatakan, Xiao Yu tidak suka minum air putih dan sering mengamalkan teh bubble.
Penyebab lain batu karang termasuk faktor genetik, penyakit kronik, serta diet yang tinggi kalsium dan protein.
Menurut Dr Lim Chye-yang, pakar urologi yang melakukan pembedahan itu berkata, 9.6 peratus penduduk di Taiwan mungkin mengalami batu karang dalam hidup mereka.
Katanya, golongan lelaki lebih tiga kali berkemungkinan berisiko mendapat batu karang berbanding wanita.
“Pesakit yang menghidap batu karang biasanya berumur antara 50 hingga 60 tahun.
“Kes batu karang lebih kerap berlaku pada musim bunga dan panas kerana cuaca panas yang menyebabkan orang ramai mungkin lebih dehidrasi.
“Apabila air kencing menjadi lebih pekat, mineral bergabung dan bertukar kepada kristal untuk membentuk ‘batu’,” katanya.
300 batu karang dikeluarkan daripada wanita
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah Perlembagaan Di Pinda Untuk Memastikan Hanya Melayu Jadi PM
- 1MDB Tanore, perbicaraan tangguh, saksi kena covid
- Nasib UMNO Dalam Rombakan Kabinet
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :