Gaza terputus hubungan komunikasi buat hari kedua berturut-turut
Gaza terputus hubungan komunikasi buat hari kedua berturut-turut

Gaza: Gangguan komunikasi dan perkhidmatan Internet berterusan di Gaza tengah dan selatan serta sebahagian bandar raya Gaza buat hari kedua berturut-turut ekoran serangan berterusan tentera penceroboh Israel.
Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat Gaza pada malam Khamis mengumumkan gangguan sepenuhnya terhadap perkhidmatan komunikasi dan Internet syarikat PalTel dan Ooredoo di tengah dan selatan Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
WAFA berkata ini berlaku apabila rejim Israel memutuskan sepenuhnya semua rangkaian talian tetap, selular dan Internet buat kali kelima sejak permulaan serangan.
Gangguan komunikasi mencetuskan kebimbangan serius memandangkan keadaan ini menghalang keupayaan penduduk untuk mengakses perkhidmatan penting, meningkatkan lagi cabaran yang dihadapi oleh pasukan tindak balas kecemasan, selain mengasingkan Gaza dari seluruh dunia semasa situasi kritikal.
Gaza terputus hubungan komunikasi buat hari kedua berturut-turut
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah Perlembagaan Di Pinda Untuk Memastikan Hanya Melayu Jadi PM
- 1MDB Tanore, perbicaraan tangguh, saksi kena covid
- Nasib UMNO Dalam Rombakan Kabinet