Perlukah Perlembagaan Di Pinda Untuk Memastikan Hanya Melayu Jadi PM

Perlukah Perlembagaan Di Pinda Untuk Memastikan Hanya Melayu Jadi PM

Perlukah Perlembagaan Di Pinda Untuk Memastikan Hanya Melayu Jadi PM

Kenyataan kontroversi Lim Kit Siang mengenai bangsa lain juga boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia terus hangat dibahaskan.

Seperti yang telah diduga, isu ini pasti akan diambil kesempatan oleh Perikatan Nasional untuk menimbulkan keraguan terhadap kerajaan.

Sasarannya sudah pasti kepada DAP yang menjadi salah satu parti komponen di dalam Kerajaan Perpaduan.



Menggunakan bola tanggung yang diberikan oleh Lim Kit Siang, isu Malaysian Malaysia kembali dihangatkan.

Terkini, Ketua Pemuda PPBM, Wan Ahmad Fahysal, menggesa supaya perlembagaan dipinda untuk memastikan hanya Melayu boleh menjadi perdana menteri.

Wan Fahysal juga berkata, sudah tiba masanya untuk mematikan igauan pemimpin DAP.

“Inilah waktunya untuk mematikan igauan pemimpin DAP ini yang telah puluhan tahun mengigau dan menjual mimpi ngeri kepada orang Melayu”.



“Yang mempelopori perjuangan kemerdekaan tanah air dengan bermandi darah dan air mata melawan penjajah ratusan tahun lamanya,” dakwa Wan Fahysal.

Tidak boleh kita nafikan, dari sudut Perlembagaan Persekutuan, ada kebenaran kenyataan yang dibuat oleh Lim Kit Siang.

Tidak ada satu peruntukan dalam perlembagaan yang menyatakan jawatan perdana menteri adalah hak eksklusif bangsa Melayu.

Perlukah Perlembagaan Di Pinda?

Persoalannya, perlukah perlembagaan dipinda?



Perkara 43(1) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memberikan kuasa mutlak melantik perdana menteri kepada YDP Agong.

Manakala di peringkat negeri pula, kuasa mutlak untuk melantik menteri besar diberikan kepada Sultan yang memerintah negeri tersebut.

Di takdirkan, seorang yang bukan Melayu mendapat sokongan majoriti ahli parlimen untuk dilantik sebagai perdana menteri.

Adakah YDP Agong akan terikat untuk melantik beliau sebagai perdana menteri?



Jawapannya tidak.

Precedent sudah beberapa kali berlaku di peringkat negeri.

Sultan Selangor pernah menolak pencalonan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

Manakala Sultan Johor pula pernah menolak pencalonan Hasni Mohamad sebagai Menteri Besar Johor.



Isu penolakan Sultan Johor atas pencalonan Hasni lebih unik kerana pencalonan disertakan dengan surat sokongan majoriti ADUN Johor.

Dalam kedua-dua kejadian, akhirnya pencalonan terpaksa ditukar.

Begitu juga dengan pelantikan perdana menteri di peringkat pusat.

Parti politik boleh mencalonkan siapa sahaja dengan surat sokongan ahli parlimen.



Tetapi sekiranya YDP Agong tidak bersetuju, maka mahu atau tidak, pencalonan terpaksa ditukar.

Dan bukankah YDP Agong serta Raja Raja Melayu adalah berbangsa Melayu?

Inilah uniknya dan kebijakan pemimpin Melayu yang merangka Perlembagaan Persekutuan.

Di sebalik yang tersurat, ada yang tersirat yang perlu diselami untuk difahami.

Perlukah Perlembagaan Di Pinda Untuk Memastikan Hanya Melayu Jadi PM

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button