Tentera Israel tersilap bunuh 3 tebusan di Gaza
Tentera Israel tersilap bunuh 3 tebusan di Gaza

Baitulmaqdis: Tentera Israel tersilap membunuh tiga tebusan yang ditahan di Gaza oleh Hamas semasa insiden yang ‘dalam siasatan’, kata seorang jurucakap tentera pada Jumaat.
Ia berkata, tebusan terbunuh semasa pertempuran dengan sayap bersenjata Hamas di Gaza dan mengucapkan takziah kepada keluarga sambil berkata akan ada ‘ketelusan penuh’ dalam penyiasatan terhadap insiden itu.
Satu kenyataan daripada tentera mengatakan bahawa semasa pertempuran sengit di Gaza ia mengenal pasti tiga tebusan itu sebagai ancaman.
“Akibatnya, tentera melepaskan tembakan ke arah mereka dan mereka terbunuh.
“Tentera menamakan dua tebusan yang mati sebagai Yotam Haim yang diculik dari Kibbutz Kfar, dan Samer Talalka, yang diculik dari Kibbutz Nir Am pada 7 Oktober.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jimat Cermat Cara Anwar Ibrahim
- Tindakan Mengepam Air Ke Dalam Terowong HAMAS Tidak Berperkemanusiaan & Akan Gagal
- Adakah PAS Parti Peminta Sedekah?
Forum Keluarga Tebusan dan Orang Hilang, yang mewakili keluarga tebusan, merakamkan ucapan takziah.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dalam kenyataan berkata, “Bersama-sama dengan seluruh rakyat Israel, saya menundukkan kepala ini dan dalam kesedihan yang mendalam dan meratapi kematian tiga anak lelaki tersayang kami yang diculik.
“Hati saya bersama keluarga yang berduka dalam masa sukar mereka,” katanya.
Sementara itu beribu-ribu orang membantah di luar pangkalan tentera pusat Israel di Tel Aviv dengan papan tanda bertulis ‘Kami menuntut perjanjian sekarang!’ dan ‘tidak akan tidur – membantah sepanjang malam,” lapor berita Channel 12 Israel.
Tentera Israel tersilap bunuh 3 tebusan di Gaza
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah Perlembagaan Di Pinda Untuk Memastikan Hanya Melayu Jadi PM
- 1MDB Tanore, perbicaraan tangguh, saksi kena covid
- Nasib UMNO Dalam Rombakan Kabinet
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :