Hospital Al-Ahli ‘lumpuh’ diserang Israel

Hospital Al-Ahli ‘lumpuh’ diserang Israel

Hospital Al-Ahli 'lumpuh' diserang Israel
IMEJ satelit pada 18 Oktober menunjukkan kesan serangan Israel di Hospital Al-Ahli. FOTO Maxar Technologies / AFP

Gaza: Hospital Al-Ahli, satu daripada hospital terakhir yang masih bertahan di Semenanjung Gaza utara, tidak lagi dapat beroperasi semalam selepas diserang oleh tentera Israel.

Pengarah Hospital Al-Ahli, Fadel Naim, memberitahu AFP, tentera Israel menyerang hospital dan menahan ramai doktor, kakitangan perubatan dan pesakit, selain memusnahkan sebahagian daripada kawasan bangunan itu.

“Serangan Israel mengakibatkan hospital tidak dapat lagi beroperasi, kami tidak boleh lagi menerima mana-mana pesakit atau mangsa cedera,” katanya.



Tambah beliau, sekurang-kurangnya empat orang yang cedera akibat tembakan Israel, di hospital terbabit, kelmarin, meninggal dunia semalam akibat kecederaan dialami.

“Menurut maklumat kami, terdapat berpuluh-puluh orang yang cedera di jalan di sekitar hospital ini,” katanya.

Hospital Al-Ahli, yang juga dikenali sebagai Hospital Baptist atau Ahli Arab, mengalami kerosakan teruk akibat letupan di tempat letak keretanya pada 17 Oktober lalu, mengakibatkan sekurang-kurangnya puluhan mangsa maut.

Kumpulan pejuang Hamas dan Jihad Islam menuduh serangan itu dilakukan Israel, namun ia dinafikan rejim itu dan sebaliknya menyalahkan roket yang dikatakan salah ditembak oleh pejuang Jihad Islam menyebabkan letupan itu.



Hospital dilindungi di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, namun ia berulang kali diserang Israel di Semenanjung Gaza sejak bermulanya perang antara Israel dan Hamas pada 7 Oktober lalu.

Tentera Israel sebelum ini menyerbu kemudahan perubatan lain di Gaza, termasuk Hospital Al-Shifa, hospital terbesar di wilayah itu, yang kini beroperasi pada kapasiti minimum dengan pasukan yang sangat kecil.

Ahad lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, Hospital Al-Ahli menerima ‘pesakit kritikal’ daripada Hospital Al-Shifa untuk pembedahan.

Menurut WHO, Jabatan Kecemasan Hospital Al-Shifa yang musnah akibat pengeboman Israel, ‘bermandikan darah’ dan ‘memerlukan pemulihan’.



Israel menghadapi peningkatan tekanan antarabangsa susulan kenaikan jumlah kematian orang awam dan kemusnahan hospital di Gaza.

Hospital Al-Ahli ‘lumpuh’ diserang Israel


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa Wujud Konspirasi Untuk Jatuhkan Anthony Loke Dalam DAP

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button