Kapal Israel Di Larang Berlabuh Di Pelabuhan Seluruh Malaysia
Kapal Israel Di Larang Berlabuh Di Pelabuhan Seluruh Malaysia
Syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM disekat dan tidak dibenar berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.
Sekatan itu adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengetepikan prinsip asas kemanusiaan.
Dan juga melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.
“Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat ini berkuat kuasa empat minggu dari sekarang”.
“Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia turut memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh di negara ini,” kata perdana menteri.
Pada tahun 2002 Kabinet mula membenarkan kapal dari syarikat itu berlabuh di Malaysia.
Manakala pada tahun 2005 pula, kebenaran mendarat turut diberikan kepada kapal tersebut.
Malaysia juga turut mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia.
“Kedua-dua sekatan ini berkuat kuasa serta-merta,” tambah beliau sambil menambah keputusan tersebut tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia.
Kita harap kenyataan yang dibuat oleh Anwar adalah keputusan tetap yang tidak flip flop serta penguatkuasaan mesti dilaksanakan segera.
Mungkin keputusan tersebut tidak memberikan impak yang besar secara keseluruhan industri perkapalan Israel.
Namun kesannya terhadap industri perkapalan serantau pasti akan menambahkan tekanan kepada regim Zionis Yahudi tersbut.
Mesej yang mahu kita sampaikan kepada Israel adalah hentikan segera pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Palestine.
Atau bersedia hadapi tekanan ekonomi dan diplomatik dari seluruh dunia.
Kapal Israel Di Larang Berlabuh Di Pelabuhan Seluruh Malaysia
Di Syorkan Untuk Anda:
- Kenapa Wujud Konspirasi Untuk Jatuhkan Anthony Loke Dalam DAP
- Sudah Sampai Masanya Nama Agama Di Larang Pada Parti Politik
- Isham Jalil Mulakan Langkah Untuk Memikat PAS
- Dewan Ulamak PAS Cuba Politikkan Isu Pemansuhan Seksyen 498 KK
- ‘Spiderman’ Lokap Sabah Di Cekup Semula (Video Meloloskan Diri)