Tekanan Jiwa Kini Menjadi Wabak Kepada Rakyat Malaysia

Tekanan Jiwa Kini Menjadi Wabak Kepada Rakyat Malaysia

Tekanan Jiwa Kini Menjadi Wabak Kepada Rakyat Malaysia

Hidup dise­lubungi stres antara penyebab banyak kekacauan dan kemungkaran sosial di kalangan masyarakat mutakhir ini.

Zaman pasca pandemik membuatkan ramai orang hadapi tekanan yang kuat.

Tekanan kewangan, emosi, malah isu-isu semasa pun boleh buat orang berasa stres.



Stres menjadi punca utama kepada banyak pe­nyakit terutama sakit jiwa.

Namun, ada stres yang kita cari sendiri, seperti stres untuk bayar hutang kereta mewah.

Stres mampu dikawal oleh hati dan perasaan dengan nilai sabar, mengelak cemburu dan iri hati dan tidak menghiraukan kata nista dari orang lain.

Menurut www.myhealth.gov.my., stres adalah tindak balas terhadap sebarang ancaman, cabaran atau tuntutan yang mengganggu perjalanan normal sistem badan.



Apabila rasa terancam, badan akan mengaktifkan sistem saraf untuk menghasilkan lebih hormon stres, termasuk adrenalin dan kortisol ke aliran darah.

Tindak balas stres membantu menghadapi cabaran.

Tetapi apabila melepasi tahap tertentu, ianya menjejaskan kesihatan, mengganggu perasaan, produktiviti, perhubungan serta mengundang masalah psikologi.

Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA) menyatakan, jumlah individu mengalami stres semakin me­ningkat.



Ianya seiring dengan situasi dunia yang kian mencabar.

Pakar Psikiatri dari Hospital Pakar KPJ Batu Pahat, Dr. Kartini Abdullah pula menerangkan, tanda-tanda stres boleh dilihat dari tiga segi, iaitu fizikal, mental dan tingkah laku.

Dari segi fizikal, orang yang menghadapi stres akan selalu berasa kering mulut, sakit kepala, susah tidur, jantung berdebar-debar, mudah penat dan sakit kepala serta perut.

Dari segi psikologi, individu menghadapi tahap stres tinggi akan menunjukkan tanda seper­ti mudah lupa, cepat marah, rasa gelisah dan bimbang serta kurang daya tumpuan.



Terdapat penyelesaian untuk menangani stres seperti bertenang, bernafas dengan dalam, berbicara dengan diri sendiri atau refleksi diri dan beribadat.

Bercakap dengan seseorang, berurut, berehat dan mendengar muzik, beriadah, bersenam serta berfikiran positif juga boleh membantu.

Cara terbaik adalah dapatkan rawatan dan nasihat dari pakar sebelum ianya menjadi barah kepada rohani kita.

Tekanan Jiwa Kini Menjadi Wabak Kepada Rakyat Malaysia

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading