Nobita, Shizuka dan Briant dihantar balik ke Indonesia
Nobita, Shizuka dan Briant dihantar balik ke Indonesia
Jakarta: Thailand pada Khamis memulangkan tiga orang utan Sumatera iaitu Nobita dan Shizuka, masing-masing berusia tujuh tahun, serta Briant berusia empat tahun, ke Indonesia, negara asalnya.
Nobita dan Shizuka, daripada spesies orang utan Sumatera yang juga dikenali sebagai Pongo abelii, diselamatkan polis Thailand pada 2016 semasa operasi menentang perdagangan haram hidupan liar di Thailand.
Brian, seekor orang utan jantan, diselamatkan daripada perdagangan haram hidupan liar dan diserahkan kepada pihak berkuasa hidupan liar Thailand pada 2019.
Ketiga-tiganya yang sebelum ini di bawah jagaan Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kho Pratubchang di Ratchaburi, diangkut melalui udara dari Bangkok ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Tangerang.
Thailand dalam usaha memerangi perdagangan haram hidupan liar,” kata Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Siti Nurbaya.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata, ketiga-tiga orang utan ini kumpulan kelima yang dibawa pulang dari Thailand, menjadikan jumlah keseluruhan 71 orang utan dibawa pulang sejak 2006.
Ketiga-tiganya diterbangkan ke Jambi, Sumatera, awal pagi tadi untuk dijaga sementara di Pusat Kuarantin Persatuan Zoologi Frankfurt dan dipantau Agensi Pemuliharaan Sumber Asli Jambi.
Nobita, Shizuka dan Briant dihantar balik ke Indonesia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Lim Kit Siang Dan Tan Kok Wai, Tony Pua Pula Serang Kerajaan Perpaduan
- Sejarawan Yahudi Akui Kini Israel Berada Di Permulaan Pengakhiran
- Jaga Jaga Tun M, 2023 Dah Nak Habis
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :