4,000 tuntung hidup dirampas di lapangan terbang

4,000 tuntung hidup dirampas di lapangan terbang

4,000 tuntung hidup dirampas di lapangan terbang
TUNTUNG Arrau, satu antara dua spesies labi-abi yang dirampas di lapangan terbang antarabangsa Peru, baru-baru ini.

Lima: Pihak berkuasa Peru merampas kira-kira 4,000 tuntung yang berasal dari hutan Amazon di lapangan terbang antarabangsa utama negara itu.

Perkhidmatan Perhutanan dan Hidupan Liar Kebangsaan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya berjaya memintas kiriman tuntung hidup di lapangan terbang Jorge Chavez, yang akan dieksport ke Indonesia.

Katanya, reptilia itu ialah anak tuntung Arrau, spesies labi-labi terbesar di Amerika Selatan dan tuntung sungai berbintik kuning yang ditemukan di dalam bekas plastik kecil lutsinar dalam kotak kadbod.



Haiwan itu tersenarai dalam Konvensyen Perdagangan Spesies Terancam Antarabangsa (Cites) Fauna Liar dan Flora Lampiran II, yang memerlukan pengesanan dan pengawal seliaan perdagangan.Cites mengesahkan, kedua-duanya antara haiwan yang paling terancam di dunia.

Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam turut menyenaraikan tuntung berbintik kuning, labi-labi air tawar kedua terbesar di Amazon sebagai terdedah kepada kepupusan.

Menurut Interpol, pasaran gelap untuk produk hidupan liar haram bernilai sehingga AS$20 bilion (RM92.68 bilion) setahun sehingga menyebabkan banyak spesies ke ambang kepupusan.

4,000 tuntung hidup dirampas di lapangan terbang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Menara Ilham Tenang, Cuma Pemiliknya Tak Berapa Nak Tenang



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button