2023 hampir penghujung, ramalan ‘Nujum’ masih tidak tepat

Oleh – Bakhtiar Omar


2023 hampir penghujung, ramalan 'Nujum' masih tidak tepat

2023 sudah menghampiri penghujung, namun ramalan ‘Nujum’ mengenai pertukaran kerajaan masih tidak tepat dan tidak nampak sebarang hasil.



Biarpun gerakan secara intensif dilakukan melalui pelbagai medium serta menggunakan pempengaruh, nampaknya pihak pembangkang masih gagal merealisasikan hasrat mereka.

Bermula dengan keyakinan kerajaan akan bertukar selepas kejayaan besar Perikatan Nasional memenangi PRN2023, mereka terus menerus menyakinkan penyokong Perikatan Nasional akan mengambil alih Putrajaya dalam tempoh terdekat.

Apabila berlangsungnya PRK Kemaman, gendang di palu dengan hebatnya oleh Perikatan Nasional. Menang PRK Kemaman, keyakinan Dr Samsuri bakal menjadi Perdana Menteri Ke-11 menjadi-jadi.

Perikatan Nasional menerusi media sosial pula menggerakkan pempengaruh bagi meneruskan kempen serta naratif kerajaan akan tumbang pada hujung tahun 2023.



Biarpun cubaan dilakukan menggunakan skrip yang disediakan, ternyata mereka masih gagal mempengaruhi rakyat secara keseluruhan.

KEJUTAN BUAT PERIKATAN NASIONAL ‘TERDUDUK’

Panas yang disangka hingga ke petang, tiba-tiba hujan melanda Perikatan Nasional di tengahari apabila seorang demi seorang ahli parlimen PN menyetakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.

Bermula dengan Kuala Kangsar, terbaru ialah Bukit Gantang, PN ‘terduduk’ bila hilang sokongan ekoran hilang keyakinan kepada kepimpinan tertinggi PN.

Paling menarik, menurut Bukit Gantang, ada lebih kurang 5-6 ahli parlimen PN akan mengikut jejak langkah untuk mengalih sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.



Semua ini dipercayai ada kaitan dengan pendakwaan terhadap Pengerusi PN di Mahkamah berkait penyalahgunaan wang rakyat.

2023 hampir penghujung, ramalan 'Nujum' masih tidak tepat

CUBAAN KEMBALIKAN MAHATHIR KE PERIKATAN NASIONAL

Konflik antara parti dalam PN juga mencetuskan polemik kerjasama antara sekutu dalam gabungan itu. PAS, selaku parti yang mendominasi kerusi samada Parlimen atau DUN, berpandangan Mahathir diperlukan dalam politik PN.

Bagaimanapun, ada segelintir dalam BERSATU tidak berasa senang dengan apa yang PAS cuba bawa. Perlu diingatkan, hubungan Mahathir-Muhyiddin tidaklah semesra seperti sebelum ini. 



Walau di hadapan kamera mereka menunjukkan kemesraan, hakikat sebenar Muhyiddin tidak mahu lagi di kongkong Mahathir yang terkenal dengan sikap semua kena ikut apa yang dimahukannya.

RAMALAN DARI OGOS, SEPTEMBER, OKTOBER, NOVEMBER & DISEMBER

Melihat dari semua naratif yang dimainkan, segala perancangan yang dilakukan PN hanya sekadar omongan kosong sebagai hiburan politik.

Umpama cerita filem Tamil, semua watak memainkan peranan bagi menyakinkan penonton PN adalah yang terbaik namun hakikat sebenar, Kerajaan Perpaduan tanpa BN juga belum tentu mampu mentadbir negara secara baik.

Pakatan Harapan masih berharap kepada rekod cemerlang Barisan Nasional selama lebih 6 dekad untuk mengurustadbir negara.



Biarpun polisi serta dasar baru di bawah Kerajaan Perpaduan, rakyat sendiri nampak segalanya hanyalah meneruskan dasar-dasar yang telah disediakan Barisan Nasional sejak sekian lama.

Kepada Perikatan Nasional, berpolitiklah bila sampai waktu untuk berpolitik dan belajar menjadi pembangkang yang baik untuk sebuah kerajaan sehingga PRU16.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button